tanjak I

1. sejenis destar, tengkolok:
Anjang memakai ~ seperti pahlawan Melayu;

2. tanjak tirus ke atas (destar, layar), meruncing (menganjur) ke atas;

bertanjak = ~ kaki berdiri di atas hujung kaki, berjengket;
~ baru bertinjau (peribahasa) berbuat sesuatu mengikut aturannya yang lazim;

menanjak
1. menirus ke atas, meruncing;

2. memanjat (bukit dan lain-lain), mendaki, menaiki:
aku surut selangkah memberikan kesempatan kepadanya ~ tangga;

3. menjadi lebih tinggi (jalan dan lain-lain), mendaki:
dia berjalan menuju tangga yang ~ ke atas anjung;
mereka mendaki jalan yang ~;

menanjakkan menganjurkan ke atas, membawa naik, menaikkan:
dia ~ layar perahunya;
~ ilmu
mengembara ke tempat lain untuk mengajarkan ilmu;
~ silat pergi ke tempat lain untuk berlawan atau mengajar silat;
tak lalu dandang di air, di gurun ditanjakkan (peribahasa) menyampaikan maksud dengan pelbagai ikhtiar;

tanjakan jalan yang mendaki, pendakian.

berkongsi