sumbat

= penyumbat sesuatu yang digunakan untuk menutup lubang (liang, mulut botol, dan lain-lain), pemalam, penutup;
~ botol penutup botol (daripada gabus dan lain-lain);

menyumbat
1. menutup (lubang, liang, mulut botol, dan lain-lain) dengan sumbat, menyumpal:
~ telinga dengan kapas;

2. memasukkan sesuatu (padat-padat) ke dalam, mengisi:
mereka sedang ~ guni-guni tadi dengan barang-barang itu;

menyumbatkan
1. menggunakan sesuatu untuk menyumbat:
dicari kayu hendak disumbatkan pada lubang itu;

2. memasukkan sesuatu ke dalam, mengisikan:
bapanya sedang diikat dan kemudian disumbatkan ke dalam guni;

tersumbat
1. tertutup (dengan sumbat dan lain-lain), tersumpal:
rongga-rongga ini ~ dengan biji-biji gabus;

2. terisi, termasuk:
nasi yang ~ dalam mulutnya menyebabkan dia membisu;

3. seolah-olah tertutup atau tersekat kerongkongan (kerana termengkelan dan lain-lain);

sumbatan hal tersumbat (tertutup atau tersumpal):
gejala yang terakhir ini merupakan tanda bahawa radang sudah mengakibatkan bengkak dan ~ pada saluran nafas;
~ salur itu memerlukan suatu rawatan yang khusus.

sumber

1. mata air, perigi, sumur;
~ minyak telaga minyak;

2. asal, mula, punca:
cukai eksport merupakan ~ kewangan negara yang penting;
bahasa ~ sesuatu perkataan
bahasa asal sesuatu perkataan (yang telah menyerap ke dalam bahasa yang lain);

bersumber berasas (pada), bersandar (pada):
konsep sejarah ~ pada peristiwa-peristiwa yang berunsurkan kebenaran hakiki;

bersumberkan mempunyai sesuatu sebagai sumber:
buku yang ditulis ~ falsafah Yunani;
kita tidak dapat menafikan lagi bahawa undang-undang akhlak yang semulia-mulianya haruslah ~ al-Quran dan Sunah.

sumbi II

= gigi ~
a) gigi yang ditampal;
b) gigi tambahan atau buatan (biasanya diselit di celah-celah gigi yang jarang):
empat pasang ~ emas terserlah di antara dua bibirnya;

bersumbi memakai atau mempunyai sumbi:
dia ~ emas;

menyum

sumbing

1. serpih pada tepi (pinggan mangkuk dan lain-lain), rompes sedikit pada bahagian yang tajam (mata pisau dan lain-lain), sompek:
pahat itu hendaklah cukup keras supaya tidak mudah ~ matanya;

2. cabik yang dalam (bibir dan lain-lain), terbelah:
alangkah baik berbini ~, sungguh marah tertawa juga;

3. [kiasan] dibuat-buat (ketawa, senyum, dan lain-lain):
kemudian ia tertawa ~ mengejek;
~ melalui, retak melampaui garis
(peribahasa) kesalahan yang amat besar;
~ menitik patah mengimpal (peribahasa) barang yang dipinjam kalau rosak hendaklah dibaiki;

menyumbingkan menyebabkan sumbing (pecah sedikit di bibir pinggan, mata parang dan sebagainya):
cara membasuh yang kasar boleh ~ pinggan dan cawan kaca yang dibasuh itu.

sumbu I

1. kain (benang, kapas, dan lain-lain) pada lampu yang dinyalakan, benang dan lain-lain dalam lilin:
anak mancis itu lambat-lambat dicucuk ke ~ pelita;

2. tali api-api (pada mercun, meriam kuno, dan lain-lain), murang, tunam:
~ meriam;

menyumbui
1. memasang sumbu pada, memberi bersumbu;

2. [kiasan] mengapi-apikan (supaya orang marah dan lain-lain);

persumbuan lubang tempat sumbu (pada meriam kuno).