sumbat

= penyumbat sesuatu yang digunakan untuk menutup lubang (liang, mulut botol, dan lain-lain), pemalam, penutup;
~ botol penutup botol (daripada gabus dan lain-lain);

menyumbat
1. menutup (lubang, liang, mulut botol, dan lain-lain) dengan sumbat, menyumpal:
~ telinga dengan kapas;

2. memasukkan sesuatu (padat-padat) ke dalam, mengisi:
mereka sedang ~ guni-guni tadi dengan barang-barang itu;

menyumbatkan
1. menggunakan sesuatu untuk menyumbat:
dicari kayu hendak disumbatkan pada lubang itu;

2. memasukkan sesuatu ke dalam, mengisikan:
bapanya sedang diikat dan kemudian disumbatkan ke dalam guni;

tersumbat
1. tertutup (dengan sumbat dan lain-lain), tersumpal:
rongga-rongga ini ~ dengan biji-biji gabus;

2. terisi, termasuk:
nasi yang ~ dalam mulutnya menyebabkan dia membisu;

3. seolah-olah tertutup atau tersekat kerongkongan (kerana termengkelan dan lain-lain);

sumbatan hal tersumbat (tertutup atau tersumpal):
gejala yang terakhir ini merupakan tanda bahawa radang sudah mengakibatkan bengkak dan ~ pada saluran nafas;
~ salur itu memerlukan suatu rawatan yang khusus.

berkongsi