suluh I

1. sesuatu yang digunakan untuk menerangi (daun kelapa kering yang dibakar dan lain-lain), jamung, obor:
di sana sini kelihatan ~ terkelip-kelip;
lampu ~
sejenis lampu yang menggunakan bateri, lampu picit;

2. = penyuluh [sastera lama] orang yang mencari rahsia, mata-mata gelap, pengintip, perisik;

bersuluh menggunakan suluh (untuk menerangi):
sudah terang lagi ~;

bersuluhkan menggunakan (sesuatu) sebagai suluh;
~ bulan tidur di bawah langit (tidak berumah);
bagai ~ tengah hari (peribahasa)
a) = lagi terang lagi bersuluh perkara yang sudah terang dan nyata (sehingga diketahui umum);
b) mensia-siakan wang (tenaga dan lain-lain);
bukannya ~ batang pisang, ~ bulan matahari (peribahasa) sudah terang dan nyata sekali (perbuatan, kejahatan, dan lain-lain);

menyuluh, menyuluhi
1. menerangi dengan suluh:
sinar neon yang benderang ~ sekitar bandar raya itu;
di bawah bantalku ada lampu picit, aku ambil untuk ~ jalan keluar;

2. mencari ikan (berburu dan lain-lain) dengan suluh:
~ burung;

3. mencari-cari rahsia (keterangan dan lain-lain), menyelidiki, merisik:
kawan-kawannya pergi ~ gerakan lanun yang dikatakan sedang bergerak ke utara Tanah Melayu;

4. [kiasan] menerangi (memberi penerangan), memberi petunjuk:
~ manusia supaya mengikuti jalan yang benar;

penyuluhan
1. perihal menyuluh (mengintip, mengintai, dan lain-lain), pengintaian, penyelidikan;

2. [kiasan] penerangan;

penyuluh
1. orang yang tugasnya mencari rahsia, pengintip, perisik, suluh:
ia akan dibicarakan atas tuduhan menjadi ~ musuh;

2. [kiasan] pemberi penerangan (petunjuk dan lain-lain):
ibu memberi pelajaran untuk ~ kehidupanmu.

suluh II

akar ~ hutan sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar montek (serepat), Urceola torulosa.

suluk I

1. jalan ke arah atau untuk mencapai kesempurnaan batin, mistik, tarekat, tasawuf;
ilmu ~ ilmu untuk mencapai kesempurnaan batin, ilmu tasawuf;
ahli ~ ahli tasawuf;

2. pengasingan diri, khalwat;
masuk ~ = bersuluk;

bersuluk mengasingkan diri, berkhalwat (untuk bertafakur, menenangkan fikiran, dan lain-lain).

Suluk III

suku kaum peribumi yang tinggal di pesisiran pantai timur Sabah, terutamanya di daerah Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Semporna.

sulung I

yang terdahulu (mula-mula sekali), yang tertua;
anak ~ anak yang pertama (tertua);
bahasa ~ perkataan kanak-kanak (ketika mulai bercakap);
buah ~ buah yang pertama (daripada pohon);
gigi ~ gigi yang mula-mula tumbuh.

sulur I

1. pucuk ranting daripada tumbuhan yang melata atau melilit, carang, julai;

2. akar yang tumbuh daripada cabang dan lain-lain (pokok beringin, ara, dan lain-lain);

3. (Biologi) tunas yang menjulur (daripada tumbuhan seperti bawang dan lain-lain);

4. [Indonesia] garisan (dawai dan lain-lain) yang berlingkar-lingkar seperti spring;
~ batang berbentuk melingkar-lingkar seperti spring;
~ bayung sejenis ukiran yang berupa tunas (pada bumbung dan lain-lain);
~-bulur
a) berbelit-belit tidak keruan;
b) tidak menentu (percakapan dan lain-lain);
~ paut sejenis julai yang tidak berdaun daripada beberapa jenis tumbuhan (untuk berpegang atau berpaut pada batang lain);
~ tiang sambungan pada puncak tiang;

bersulur ada sulurnya, tumbuh sulurnya;

menyulur keluar memanjang (tunas daripada beberapa jenis tumbuhan), menjalar, menjulur;

sulur-suluran tumbuh-tumbuhan yang menjalar (rotan, sirih, dan lain-lain).