(Kimia) garam atau ester asid sulfurus.
sulfur
(Kimia) sejenis unsur bukan logam, belerang;
~ dioksida (Kimia) sejenis gas yang tidak berwarna (terdapat apabila sulfur terbakar dalam udara).
sulfurik
asid ~ (Kimia) sejenis cecair tidak berwarna, sangat mengakis, larut dalam air, dan digunakan untuk membuat bahan letupan, baja, dan penghasilan asid lain.
suli I
(Sunda) [sastera lama] cucu, anak cucu:
~ku nyawa nenenda.
suli II
gandasuli.
sulih
[Jawa] ganti, pengganti, wakil;
menyulih, menyulihi mengganti, mewakili.
suling I
1. sejenis serunai, bangsi, salung, seruling:
memetik kecapi dan meniup ~ pada waktu malam;
2. = ~ kapal (kereta api) peluit (wisel) untuk memberi semboyan (pada kapal, kereta api);
meniup ~ berbunyi bangsi, maka bangsi itu patah-patah (peribahasa) lain yang dihajati, lain yang diperoleh;
menyuling meniup suling:
Panji ~ Sri menari.
suling II
1. = sulingan cairan yang diperoleh daripada wap (sesuatu yang direbus, dikukus, dan lain-lain);
air ~ = air sulingan air daripada wap air yang disejukkan;
2. [Brunei] alat daripada tanah liat untuk mendapatkan suling;
menyuling mengewapkan sesuatu (minyak dan lain-lain) dan kemudian menyejukkannya hingga menjadi cairan, membuat wap jadi cairan:
di negeri Arab, air minum disuling daripada air laut;
sulingan cairan yang diperoleh dengan cara menyuling, suling;
penyulingan perbuatan menyuling;
~ berperingkat (Kimia) penyulingan untuk mengasingkan campuran cecair yang mempunyai pelbagai takat didih yang berbeza (dengan menggunakan turus pemeringkatan);
~ stim (Kimia) penyulingan yang dilaksanakan dengan melalukan stim menerusi campuran pepejal mudah meruap atau cecair mudah meruap untuk mengasingkannya daripada bahan yang tidak meruap;
penyuling alat untuk menyuling.
suling III
[Minangkabau] kepala ke bawah dan kaki (buntut dan lain-lain) ke atas, jungkir, tunggang;
~-daling = ~-paling tunggang-langgang, tunggang-balik;
menyulingkan meletakkan kepala ke bawah dan kaki ke atas, membalikkan, menjungkirkan, menunggangkan;
tersuling terbalik (kepala ke bawah dan kaki ke atas), tertunggang.
suling IV
[Kelantan];
menyuling menggigit serta menarik (atau mengoyak) dengan gigi.