sulam II

menyulam
1. mengganti tanaman yang mati dengan yang baru, menyilih:
benih yang baru ditabur terpaksa ditengok selalu, yang tidak tumbuh disulam lagi;

2. [kiasan] menyelangi atau mencelahi sesuatu (perbuatan, percakapan, dan lain-lain) dengan yang lain, menyelitkan sesuatu dengan yang lain (biasanya untuk mengindahkan, menyeronokkan, dan lain-lain):
dia begitu pandai ~ ceritanya dengan hal yang lucu-lucu;

menyulami [kiasan] menyelang dengan, menyelingi:
dalam sesuatu pelajaran hendaklah guru ~ percakapannya dengan memberikan kerja yang senang-senang;
cerita-cerita ini memberi peluang untuk disulami dengan tarian;

sulaman [kiasan] sesuatu yang diselingi, selingan:
segala adunan dan ~ yang terkandung dalam cerita ini dapat memuaskan selera.

sulang I

bersulang, bersulang-sulangan, sulang-menyulang
1. saling memberikan minuman (makanan dan lain-lain):
minum sulang-menyulang;

2. beradu paruh (burung dan lain-lain), berlaga;

menyulang, menyulangi memberi minuman dan lain-lain, mengajak minum;

menyulangkan memberikan minuman dan lain-lain.

sulang III

[Brunei]

1. sejenis bekas tembaga untuk menyimpan air;

2. sejenis bekas tembikar untuk menyimpan minyak kemenyan.

sulap I

= sulapan permainan silap mata, sunglap;
tukang ~ orang yang bermain sulap;
main ~ = bermain ~ memberi pertunjukan silap mata;

bersulap main sulap;

menyulap
1. bermain sulap, bermain silap mata;
<

sulap III

[Brunei] pondok (biasanya didirikan di sawah dan lain-lain) yang digunakan untuk sementara sahaja.