abai

cuai, lalai;
tidak ~ dari tidak cuai (lalai) dari;

mengabaikan
1. tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian kepada (seseorang atau sesuatu), tidak mengendahkan, mencuaikan, melalaikan:
~ anak isteri;
~ tugas dan tanggungjawab;

2. memandang tidak penting, tidak mempedulikan atau mengendahkan, menganggap sepi:
~ tunjuk ajar dan nasihat orang;
mereka ~ sahaja segala kritik dan cemuhan;

3. tidak menggunakan (sesuatu kesempatan, kemudahan yang disediakan, dan lain-lain), membiarkan atau melepaskan, mensia-siakan:
sayang sekali peluang keemasan itu kauabaikan;

terabai tidak diberi perhatian (berkenaan (dengan) seseorang atau sesuatu), tidak dipedulikan (diendahkan atau digunakan), dibiarkan sahaja atau disia-siakan;

keterabaian keadaan terabai:
~ sesuatu kelompok;

keabaian perihal abai;

pengabaian perihal atau perbuatan mengabaikan (keluarga, tugas dan tanggungjawab, nasihat dan teguran, peluang dan kemudahan, dan lain-lain);

pengabai (orang yang sifatnya) suka mengabaikan atau sering tidak memberikan perhatian kepada sesuatu (seperti tugas, tanggungjawab, dan sebagainya).

abaka

sejenis tumbuhan (pokok) yang seratnya dibuat tali belati, Musa textilis.

abang I

1. saudara lelaki yang lebih tua daripada seseorang (biasanya seibu seayah dengannya);

2. panggilan khususnya kepada saudara tua laki-laki, adik-beradik;

3. panggilan kepada seseorang lelaki yang lebih tua sedikit;

4. panggilan kepada suami;
~ angkat orang lelaki yang lebih tua daripada seseorang yang tidak mempunyai hubungan darah dengannya tetapi telah diambil sebagai anak oleh ibu bapanya;
~ ipar abang kepada isteri (atau suami) seseorang;
~ kandung abang yang seibu dan seayah dengan seseorang;
~ tiri abang kepada seseorang yang merupakan anak kepada ibu atau ayahnya hasil daripada perkahwinan yang terdahulu (dengan suami atau isteri yang lain);

berabang
1. mempunyai abang (biasanya abang kandung);

2. memanggil seseorang abang, menggunakan kata (panggilan) abang terhadap seseorang;

berabangkan mempunyai seseorang sebagai abang:
~ seorang yang pengasih dan bertimbang rasa.

abar

abar-abar
1. dinding;

2. penghalang, penyekat:
~ kemajuan masyarakat;

berabarkan mempunyai (sesuatu) sebagai dinding atau penyekat, berdindingkan:
rumah yang ~ buluh;

mengabar
1. mengurangkan, meredakan:
ubat yang dapat ~ keadaan payah orang sakit;

2. menghalang, menyekat:
pertempuran-pertempuran ~ jalannya mesyuarat.

ABC

1. abjad Rumi:
budak itu sudah pandai membaca ~;

2. [kependekan] air batu campur.