reput

buruk atau lapuk (kayu, kain, dan lain-lain):
pokok itu direndam dalam air sehingga ~ dan tanggal segala bahagian yang lembut dan isi batangnya;~ fros kemusnahan tisu, terutamanya tisu pada jari tangan, jari kaki, hidung dan telinga akibat terdedah pada suhu sejuk beku (seperti yang pernah dialami oleh pendaki gunung);
~ relai rosak berpisah-pisah kerana busuk atau lapuk (kain, kayu, dan lain-lain);

mereput menjadi reput;

merepuntukan menyebabkan menjadi reput:
hidupan seni memakan dan ~ bahagian tumbuh-tumbuhan yang mati;

reputan benda yang reput:
tumbuhan itu hidup di tanah yang kaya dengan ~ benda-benda organik;

kereputan perihal (keadaan) reput;

pereputan perihal (proses dan sebagainya) menjadi reput:
karbon dioksida terjadi oleh ~ tumbuh-tumbuhan yang mati dan lain-lain.

berkongsi