subuh

1. = waktu ~ waktu terbit fajar hingga terbit matahari;
bada ~ waktu sesudah waktu subuh (pukul tujuh hingga pukul tujuh setengah pagi);

2. = sembahyang ~ sembahyang fardu pada waktu subuh;
~ buta = ~ sepei = ~ syafii pagi-pagi benar;
~ gajah waktu sesudah subuh.

subur

1. tumbuh dengan baik (tumbuh-tumbuhan), lekas besar dan sihat:
anak getahnya ~ macam anak getah estet;

2. sihat dan berisi (badan):
anak itu kurang ~ kerana tidak mendapat susu yang cukup;

3. banyak mengandungi zat untuk tumbuhan-tumbuhan (tanah), gemuk:
pertanian menghendaki bukan sahaja tanah yang ~ tetapi juga iklim yang sesuai;

4. berkembang dengan baik, bertambah maju dan besar (luas dan sebagainya), berkembang biak:
agama Islam pun berkembanglah dengan ~nya di negeri-negeri tersebut;

5. [bahasa percakapan] mudah mendapat rezeki, murah rezeki, senang hidup;

6. berupaya menjalani persenyawaan (antara benih lelaki dengan benih perempuan):
puan boleh tentukan waktu ~ dengan menggunakan carta khas;

menyubur tumbuh dengan subur;

menyuburkan
1. menjadikan subur (tanah, tumbuh-tumbuhan, dan lain-lain):
di bahagian barat Tanah Melayu, tanah lateritnya disuburkan semula untuk penanaman getah;
pupuk itu ~ tanaman;

2. memajukan (perniagaan dan lain-lain), membesarkan, memperkembangkan:
guru berpeluang menolong ~ sifat pemimpin pada setengah-setengah murid;

mempersubur menjadikan lebih subur;

kesuburan
1. perihal subur:
kerana hawanya dan ~ tanahnya, kawasan ini amat sesuai untuk pokok kopi;

2. keupayaan membiak (manusia, haiwan, tumbuhan):
suami juga perlu menjalani pemeriksaan ~;

ketidaksuburan keadaan tidak subur;

penyuburan perihal (perbuatan dan sebagainya) menyuburkan, pemupukan:
~ akal;

penyubur sesuatu yang menyuburkan:
mereka mendekatkan diri pada kebenaran sebagai ~ iman untuk menjamin kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki.

subversi

kegiatan (gerakan, usaha, tindakan dan sebagainya) yang bertujuan untuk melemahkan, meruntuhkan atau menggulingkan sistem pemerintahan, politik dan sebagainya yang sedia ada.

subversif

bertujuan untuk melemahkan atau memusnahkan sesuatu sistem politik, kerajaan, agama, dan lain-lain, dengan menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu secara sulit:
kita hendaklah sentiasa berjaga-jaga mencegah gerakan ~.

subversifisme

fahaman subversif:
memperjuangkan Islam sebagai fundamentalisme juga dikelirukan dan ditonjolkan bersama ciri-ciri militerisme dan ~.

suci

1. bersih (dari segi agama):
makanan yang ~;

2. tidak berdosa, tidak bernoda, kudus, nirmala, soleh:
orang yang ~;

3. bersifat keagamaan (ketuhanan):
ayat ~;
Kitab S~;
Tanah S~
Mekah;

4. bersih daripada sebarang kejahatan atau keburukan (niat, perasaan, dan lain-lain), murni:
Tuhan hendak menyampaikan hajat hamba-Nya yang berniat ~ itu;
hati yang ~;

5. bersih atau bebas (daripada kotoran dan lain-lain):
wajib baginya menggantikan kembali puasa yang tertinggal itu apabila ~ daripada haid;

6. [sastera lama] tidak kotor (semak), bersih;

bersuci
1. membersihkan diri sebelum mengerjakan sembahyang, wuduk;

2. membersihkan diri (daripada kekotoran):
~ daripada najis;

3. hidup suci;

4. [bahasa percakapan] berkhatan, bersunat;

menyucikan
1. membersihkan diri (dari segi agama);

2. [sastera lama] membersihkan diri daripada kekotoran (semak samun dan lain-lain):
maka Bendahara dan Laksamana pun menyuruh orang pergi ~ tanah itu;

3. membersihkan daripada segala yang keji (hati, fikiran, perasaan), memurnikan, menguduskan:
hari ini orang meluhurkan jiwa, ~ hati selepas melalui percubaan Tuhan;

4. menganggap suci (mulia):
ada orang yang ~ anjing;

kesucian perihal suci;

persucian perihal bersuci;

penyucian perihal menyucikan, pembersihan;

penyuci sesuatu yang digunakan ketika bersuci atau untuk menyucikan sesuatu.

suda

ranjau daripada buluh atau bilah buluh yang diruncingkan (dipasang berkeliling kubu dan lain-lain).