hujah atau alasan yang nampaknya menarik dan meyakinkan tetapi sebenarnya palsu, biasanya bertujuan untuk menipu atau memperdayakan seseorang.
sofistikasi
sifat dan sebagainya yang kompleks dan halus (tidak bersahaja dan sederhana), kecanggihan:
tahap kematangan dan ~ tertinggi yang pernah dicapai oleh manusia.
sofistikated
1. mempunyai cita rasa (perangai, tingkah laku, pandangan, dan lain-lain) yang tinggi dan halus, bersifat kompleks dan halus (tidak bersahaja dan sederhana), canggih:
keadaan kehidupan berubah dengan cepat dan pengalaman menjadi bertambah kaya, ~, dan menimbulkan cita-cita dan harapan baru;
dia sudah berubah daripada seorang gadis yang sederhana kepada seorang gadis yang begitu ~ sekali;
2. mempunyai atau menunjukkan ciri-ciri dan sebagainya yag kompleks (moden, rumit, pelbagai, dan sebagainya), tidak ringkas atau sederhana, canggih:
puisi Melayu moden mula mempunyai variasi dengan persoalan yang kompleks dan ~;
muzik yang ~;
mesin jahit model baru yang ~.
soga
sejenis tumbuhan (pokok yang kulit batangnya dibuat pencelup batik), Peltophorum pterocarpum.
sogang
[Indonesia] pagar (yang turusnya dipacak miring), pancang yang dipacak berderetan dan diberi berpalang (dijadikan pagar).
sogek
[Kedah] songel daripada tembakau, lebihan cerut.
sogok I
[Johor] kayu panjang di haluan perahu.
sogok II
= wang ~ = sogokan wang rasuah (suap);
makan ~ [kiasan] menerima rasuah, makan suap;
menyogok
1. merodok (ke dalam), menjolok:
ia mengambil gelasnya, ~ mulut kawannya dengan gelas itu;
2. [kiasan] memberi rasuah, menyuap;
menyogokkan
1. [kiasan] memberi rasuah kepada, menyuapi:
mereka bertindak, tetapi setelah disogokkan beberapa keping kertas merah, mereka segera diam;
2. menghulurkan, mengunjurkan, mengunjukkan:
tangannya ~ dua cawan berisi arak kepada kami; sogokkan sebatang rokok kepadanya;
3. [kiasan] mengemukakan (untuk diterima, digunakan, dan sebagainya), menyorongkan, menonjolkan:
sebelum murid-murid disogokkan dengan bahan-bahan pelajaran yang lebih formal, beberapa kemahiran persediaan haruslah dikuasainya;
penyogok orang yang memberikan sogokan:
~ juga mesti didakwa di mahkamah.
soh
[Perak] senyap sunyi.
sohor
= kesohor, tersohor [bahasa percakapan] termasyhur, terkenal:
dialah yang paling kesohor antara mereka;
kesohoran keadaan (sifat) sohor.