(Kimia) mineral sekunder yang mengandungi 71% uranium.
sodok I
= penyodok alat untuk menggali tanah dan lain-lain, sekop;
menyodok menggali (membalikkan dan lain-lain) tanah dengan sodok.
sodok II
(main) bola ~ [Jakarta] main biliard;
menyodok
1. menolak, menyorong;
2. [kiasan] melanggar, merempuh:
motosikalnya ~ buntut lori;
3. menumbuk (di perut), menggocoh;
4. [bahasa kasar] menyetubuhi, mengamput.
sodomi
hubungan jenis melalui dubur, terutamanya antara lelaki dengan lelaki.
sodor I
[Jakarta];
menyodorkan
1. menyorongkan ke depan, menganjurkan:
ketika aku masuk, ada yang berdiri hendak ~ kerusi, ada yang duduk sahaja;
2. menghulurkan (tangan dan lain-lain), mengunjukkan, memberikan:
Kartini ~ tangannya untuk berjabatan;
ia ~ gelas berisi air limau kepada temannya;
3. memaksakan, mendesak, menonjol-nonjolkan, menuntut:
kami para pemuda tidak mahu menerima syarat yang disodorkan oleh Jepun.
sodor II
[Jawa] sejenis tombak panjang.
soek
menyoek, menyoekkan menyobek(kan), mencabik(kan).
sofa
sejenis kerusi panjang yang bertilam empuk dan mempunyai tempat sandar dan alas lengan.
sofbol
sejenis permainan besbol yang menggunakan bola yang lebih besar dan lebih lembut.
sofis
orang yang bijak menggunakan hujah yang menarik dan meyakinkan tetapi palsu dengan tujuan untuk menipu atau memperdayakan seseorang.