semerta

tanpa berlengah-lengah, serta-merta:
mereka mesti bertindak balas dengan ~;
pemulihan boleh diadakan secara ~ dalam bilik darjah;
kontrak ~.

semesta

[sastera lama] seluruh, segenap, sekaliannya;
~ alam = alam ~ seluruh alam;

kesemestaan keadaan semesta:
yang termuat di dalamnya bentuk-bentuk intelektual dalam darjah ~ yang lebih kecil.

semester

satu daripada dua sesi pengajian dalam sesuatu tahun akademik di pusat pengajian (universiti, kolej, sekolah, dan sebagainya):
~ pertama;
~ kedua.

semi

tunas, taruk;
musim ~ musim bunga (selepas musim sejuk);

bersemi bertunas:
tanah penimba belum seperti semula, kayu kemboja belum panjang ~.

semi-profesional

berkenaan orang yang mengambil bahagian dalam sesuatu kegiatan untuk mendapatkan bayaran tetapi bukan sebagai pekerja tetap.