[sastera lama] sedang;semejana.
semenjuh
akar ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar banar, akar gadung tikus, akar kelona betina, banar (canar) babi, gadung jantan, kijil, Smilax helferi.
sementah
sejenis tumbuhan (pokok), manggis, Garcinia mangostana.
sementang
1. = ~ pun sungguhpun, walaupun, biarpun:
~ pun patik orang Bugis tiada akan mengamuk;
2. = sementang-mentang, sementangkan kerana … maka, mentang-mentang.
sementara
1. untuk beberapa ketika sahaja (tidak lama), tidak kekal:
untuk ~;
bantuan ~;
2. = sementaraan [sastera lama] selama, selagi:
telah sampai di Pahang, duduklah ia memerintah negeri Pahang, ~ belum beraja;
marilah cucuku yang kedua ini kududukkan sai-sainya sementaraan aku lagi hayat;
3. sedang (berlakunya sesuatu dan lain-lain):
pengetahuan orang pada masa itu semuanya berdasarkan kepercayaan, ~ kepercayaan mereka memang tidak mengenali apa-apa batas pun;
4. = ~ itu pada ketika itu, dalam pada itu:
~ itu kapal belayar juga, makin lama makin laju;
5. di samping:
~ bertindak sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau juga dapat menambah pengalamannya;
ingat ~ belum kena, jimat ~ belum habis (peribahasa) hendaklah sentiasa berwaspada dan hati-hati (supaya jangan terlewat dan lain-lain);
kesementaraan perihal (sifat) sementara, keadaan (sifat) tidak kekal:
kesedaran terhadap kenyataan bahawa ~ hidupnya akibat peperangan, tidak mungkin dia menyimpan harta.
sementelah
= sementelahan [sastera lama] lebih-lebih lagi, tambahan pula, apalagi:
sudah tidak sabar lagi dia mencari, ~nya hari sudah mulai malam;
aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan.
sementung
bodoh, dungu, tolol.
semer
[Kelantan]
1. tidak sedap rasanya (makanan);
2. tidak bersemangat (ucapan).
semerbak
1. merata (bau yang wangi), meruap:
minyak yang ~ harum baunya sudah disiramkan di dalamnya;
2. harum:
bunga-bungaan yang ~ baunya;
= serbak.
semerdanta
[sastera lama] putih seperti warna bunga serigading (gigi).