sementara

1. untuk beberapa ketika sahaja (tidak lama), tidak kekal:
untuk ~;
bantuan ~;

2. = sementaraan [sastera lama] selama, selagi:
telah sampai di Pahang, duduklah ia memerintah negeri Pahang, ~ belum beraja;
marilah cucuku yang kedua ini kududukkan sai-sainya sementaraan aku lagi hayat;

3. sedang (berlakunya sesuatu dan lain-lain):
pengetahuan orang pada masa itu semuanya berdasarkan kepercayaan, ~ kepercayaan mereka memang tidak mengenali apa-apa batas pun;

4. = ~ itu pada ketika itu, dalam pada itu:
~ itu kapal belayar juga, makin lama makin laju;

5. di samping:
~ bertindak sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau juga dapat menambah pengalamannya;
ingat ~ belum kena, jimat ~ belum habis
(peribahasa) hendaklah sentiasa berwaspada dan hati-hati (supaya jangan terlewat dan lain-lain);

kesementaraan perihal (sifat) sementara, keadaan (sifat) tidak kekal:
kesedaran terhadap kenyataan bahawa ~ hidupnya akibat peperangan, tidak mungkin dia menyimpan harta.

berkongsi