selepur

berselepur berlumuran dengan lumpur, berselepat dengan lumpur (kerbau dan lain-lain).

selera I

1. keinginan untuk makan, nafsu makan:
mi yang tersaji di hadapannya itu disudunya dengan penuh ~;
membuka ~
= membangkitkan ~ menimbulkan nafsu makan;
patah ~ hilang selera;

2. kegemaran, pilihan, kehendak, cita rasa:
siaran Radio terpaksa mengimbangi ~ para pendengar;

3. nafsu, keinginan:
rupanya gadis berwajah menarik dan sedang mekar dewasa telah menarik ~ lelaki tersebut;
~ tajam
sangat ingin hendak makan;
~ bagai cetus api (peribahasa) orang yang sangat rakus (tamak);
~ bagai taji, tulang bagai kanji (peribahasa) orang yang bodoh dan malas bekerja tetapi kuat makan;

berselera ada selera (keinginan, nafsu), bernafsu (untuk makan dan lain-lain):
ia tidak ~ untuk makan lagi;

menyelerakan memberikan (mendatangkan) selera (untuk makan dan lain-lain):
ketika itu kami sedang menghadapi hidangan makanan yang ~ .

selerak

berselerak
1. bersebar, bersepah, berserak:
dia melangkah kembali dan mengutip pinggan-pinggan yang masih ~ itu;
jamuan
~ jamuan yang tetamunya mengambil sendiri makanan (dan bebas ke sana ke mari);

2. [kiasan] terdapat di mana-mana, bertaburan:
syarikat penerbangan itu mempunyai wakil yang ~ di seluruh dunia;

3. tidak selari (cahaya), terurai (dalam pelbagai warna);

berselerakan bertaburan, bersebaran;

menyelerakkan menjadikan berselerak, menyebarkan (ke merata-rata tempat);

terselerak
1. tersebar (ke merata-rata tempat);

2.
a) terbias ke sana ke mari (cahaya);
b) terurai kepada pelbagai warna (setelah terbias);

penyelerakan perihal menyelerakkan (benih dan lain-lain), penyebaran.