selesa

1. tidak sempit, lega, luas:
ketika mencari tempat berdiri yang lebih ~, dia terpijak kaki seorang anak kecil;

2. kesempatan, peluang;

3. (berasa) enak, sedap, senang:
jika kita berdiri beberapa lama, kita berasa tidak ~;
pakaian itu sungguh tidak ~ bagi Si Tenggang;

menyelesakan menjadikan selesa (enak, sedap);

keselesaan perihal selesa, keadaan (rasa dan sebagainya) selesa;

ketidakselesaan keadaan tidak selesa:
Puan Sariah memaklumi ibunya tentang ~ di asrama itu.

selesai

1. sudah dikerjakan dan jadi, siap (dibuat):
setelah ~ kota dan paritnya baginda pun berangkat ke sana;

2. berakhir, habis, tamat:
setelah ~ daripada sembahyang, mereka itu pun pulang ke tempat kediaman masing-masing;

3. tidak berbaki lagi (wang dan lain-lain), habis, jelas (hutang), langsai:
dia tidak percaya wangnya telah ~ di meja judi;

4. [Minangkabau] tidak kusut (rambut atau benang), jelas dan terang (tutur kata);

berselesai mengakhiri sesuatu (pergaduhan, persengketaan, dan lain-lain), berdamai:
perkara ini perkara dia dengan suaminya, biar mereka sahaja yang ~;

menyelesaikan
1. menyudahkan, menyiapkan (kerja, tugas, dan lain-lain):
sekarang aku sibuk ~ satu kerja;

2. mengusahakan supaya berakhir (tamat dan sebagainya), menamatkan, mengakhiri (persengketaan dan lain-lain):
pintu masih terbuka untuk ~ pertikaian antara dua buah negeri itu secara damai;

3. menjelaskan (membayar) hutang:
jika ia enggan ~ hutangnya, segala harta bendanya terpaksalah dirampas;

4. memecahkan sesuatu masalah (kira-kira dan lain-lain), mencari jalan mengatasi (masalah dan lain-lain), menghuraikan:
beri nama hukum yang kamu gunakan untuk ~ masalah ini;

5. mengatur baik-baik (rambut dan lain-lain), mengemasi;

terselesai dapat diselesaikan:
masalah yang semakin ~ menerusi dasar kebangsaan kita;

keselesaian perihal selesai, keputusan;

penyelesaian perbuatan menyelesaikan (membereskan dan lain-lain) sesuatu:
mencari ~ secara damai untuk memulihkan keamanan;

penyelesai orang atau sesuatu yang menyelesaikan sesuatu persoalan, konflik, masalah dan sebagainya:
~ perlu memilih salah satu daripada beberapa operasi yang diketahui;
mereka sudah mula meyakini Islam sebagai ~ masalah ummah seluruh dunia.

selet

[Perlis], [Kedah];

tak ~ tidak berhenti-henti, tidak berselang, terus-menerus.

Seletar

penduduk asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Melayu-Proto yang merupakan kumpulan pengembara persisiran pantai dan laut, tinggal dalam perahu, di pulau yang berdekatan pantai dan kuala sungai, terutamanya di selatan Johor dan utara Singapura.

seleweng

menyeleweng
1. menyimpang dari arah yang betul, tidak menurut jalan yang betul:
lembu yang kena rebuk itu ~ ke tengah jalan;

2. [kiasan] menyimpang dari tujuan sebenarnya, tidak menurut landasan-landasan (syarat, perintah, dan lain-lain) yang telah ditetapkan, mengkhianati, membelot:
hadirin dibawa balik kepada tajuk perbincangan kiranya mereka ~;

menyelewengkan
1. menjadikan menyeleweng (menyimpang dari tujuan dan lain-lain):
saya melihat gerak hidup beberapa cabang kesenian yang telah diselewengkan hingga menyalahi prinsip susila Timur;

2. menggelapkan, mencuri:
dan kemudian dia ditangkap terbukti ~ gula pasir;

terseleweng telah menyeleweng atau diselewengkan:
rakaman dan tafsirannya ~ daripada yang sebenarnya;

penyelewengan perbuatan menyeleweng(kan), penyimpangan;
~ daripada dasar, memisahkan kita daripada hakikat pengajaran agama;

penyeleweng orang yang menyeleweng, pembelot:
aku yang berjuang menentang penjajahan, sekarang dituduh sebagai ~.