sejenis tumbuhan (pokok), belucus, lenciu, mempat, sampat, Cratoxylon lingustrinum (polyanthum).
selendang
kain panjang untuk menutup kepala (leher, bahu):
kusebaikan ~ku di atas bahu;
~ dunia (peribahasa) orang kaya yang dermawan atau pemurah dan orang muda perhiasan dunia (untuk pujian sahaja);
berselendang memakai selendang:
seorang perempuan muda bertocang dua dan ~ kain kasa kuning;
menyelendangi mengenakan (memakai) selendang pada;
menyelendangkan, memperselendang memakai atau menggunakan sesuatu sebagai selendang, menyibaikan di bahu sebagai selendang:
~ tuala ke bahu;
terselendang terletak, tergantung:
beg yang ~ pada bahu Nani.
selendap
sejenis tumbuhan (herba), bakuh, bakung, bawang hutan, bunga tembaga suasa, Crinum asiaticum.
selender
[Indonesia] kereta penggelek jalan (supaya rata).
selendro
[Jawa] laras gamelan.
selenggara
menyelenggarakan
1. mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan:
ladang yang luas diselenggarakan mengikut pengetahuan sains;
2. menjalankan, melaksanakan (rancangan, perintah, dan lain-lain):
pelebaya pun sangguplah ~ pesan Ken Tambuhan;
~ pembangunan ekonomi;
3. membela, memelihara, menjaga, merawat:
beri maaf saya, engku, kerana saya belum sanggup ~ engku dengan sepatutnya;
4. mengatur, mengurus (peraduan, pameran, dan lain-lain):
pegawai ini telah dihantar khas untuk ~ pameran buku agama Islam;
selenggaraan
1. peliharaan;
2. hasil daripada menyelenggarakan (mengusahakan, mengelolakan, dan lain-lain);
penyelenggaraan
1. perbuatan menyelenggarakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan:
cara-cara ~ pemerintahan;
2. pemeliharaan, pengawasan:
ia di rumah sakit dan dalam ~ tuan doktor;
penyelenggara
1. pemelihara, penjaga:
~ kebun;
2. orang yang menyelenggarakan (mengusahakan dan lain-lain) sesuatu:
~ upacara;
~ pejabat budak suruhan di pejabat-pejabat, peon.
selengut
seruling yang ditiup di hidung di kalangan kaum Kenyah dan Kayan di Sarawak.
selenium
(Kimia) sejenis unsur bukan logam yang berbentuk serbuk merah, dan digunakan untuk membuat peranti elektronik, pewarna kaca, dan lain-lain.
selenografi
cabang astronomi yang berkaitan dengan kajian atau pemetaan ciri-ciri permukaan bulan.
selenologi
cabang astronomi yang mengkaji bulan, seperti ciri fizikal dan asal kejadian.