= selangkangan [Jakarta] kangkang.
selangkom
[Perlis] bekerja dengan bersungguh-sungguh.
selangkup
menyelangkup menyelubungi, melingkupi;
lingkup I.
Selangor
negeri di barat Semenanjung, keluasan 8184 km2, Shah Alam sebagai ibu negeri.
selanting
sejenis burung, saulanting, Rhizothera l. longirostris.
selap I
hilang akal (tidak sedarkan diri, pengsan, pitam, dan lain-lain) kerana kerasukan:
~ ia seperti rupa dimasuki jin;
menyelap, menyelapi
1. merasuk, mengganggu (roh jahat dan lain-lain):
diselap hantu;
2. menimpa, menyerang (penyakit dan lain-lain);
keselapan
1. hilang akal (ingatan) kerana marah dan lain-lain;
2. kerasukan.
selap II
[Perlis], [bahasa percakapan];
selap-selap kadang-kadang.
selapan
1. [Minangkabau] delapan;
2. (Sunda) sembilan.
selapanan
kenduri (pesta) yang diadakan ketika bayi mencapai umur 35 hari.
selaput
lapisan nipis tisu (pada benda-benda hidup) yang menyaluti sesuatu;
~ dara selaput yang menutup sebahagian bukaan faraj gadis atau wanita (biasanya pecah apabila pertama kali mengadakan hubungan seks);
~ jantung selaput yang membalut jantung;
~ mata selaput pembungkus biji mata;
berselaput ada selaput, bersalut dengan kulit tipis, berlapis (bersalut) dengan sesuatu:
mukanya kotor ~ habuk;
mata ~ mata yang disalut oleh selaput putih (kerana berpenyakit), mata bular;
menyelaputi menyelubungi, melitupi, membungkusi:
biji kacang yang kering itu agak keras dan diselaputi kulit biji;
bulu susuk yang ~ badan burung;
tiap-tiap satu batang logam itu diselaputi lilin;
menyelapuntukan memberi bersalut (berlapis) dengan, menyaluntukan, menyelubungkan;
selaputan benda yang menyelaputi (menyelubungi) sesuatu:
matanya masih lagi berbalam kerana ~ air matanya.