hari ketiga dalam seminggu, selepas hari Isnin.
selasar
sambungan pada ibu rumah (yang menganjung ke luar), sejenis serambi (beratap atau tidak):
segala anak tuan-tuan yang bersahaja-sahaja duduk di ~ balai.
selasih
= ~ putih sejenis tumbuhan (herba untuk rempah dan ubat), ruku-ruku, Ocimum basilicum;
~ dandi
a) sejenis tumbuhan (herba), ara batu, daun misai kucing, rumput tahi ayam, Ageratum conyzoides;
b) = ~ hutan sejenis tumbuhan (pokok renek), Stachytarpheta indica;
buah ~ sejenis tumbuhan (herba dan buah), Passiflora foetida;
bunga ~ bunga pokok selasih putih.
selat I
laut yang sempit yang menceraikan dua daratan atau pulau-pulau:
S~ Melaka; S~ Teberau;
Negeri-Negeri S~ negeri-negeri yang letaknya di Selat Melaka (Singapura, Melaka, dan Pulau Pinang pada zaman kolonial).
selat II
[Minangkabau] celah, sela;
menyelat masuk di celah-celah:
~ di antara orang banyak;
menyelatkan meletakkan (mendudukkan) di celah-celah, menyelitkan;
terselat termasuk di antara dua benda, terselit.
selat III
[Kelantan], [bahasa percakapan] jikalau, sekiranya.
selatan
mata angin (arah) yang bertentangan dengan utara, daksina, kidul;
~ daya = ~ barat daya arah antara barat daya dengan selatan;
~ menenggara arah antara selatan dengan tenggara.
selawat
doa kesejahteraan ke atas Nabi:
setelah membaca ~, mereka pun mulai berjalan;
berselawat membaca selawat, berdoa:
kadi ~ tiga kali dengan nyaring suaranya;
menyelawatkan berselawat untuk memohon sesuatu.
selawe
[Jawa] [arkaik] dua puluh lima.
selayah
sejenis kain tudung (perempuan).