agamawan

orang (golongan) yang mempunyai ketaatan, pegangan, dan latar belakang agama yang kuat:
gerakan Islam yang dipelopori oleh tokoh ~ dalam perkembangan nasionalisme Melayu.

agan

beragan [Minangkabau] bermaksud, berniat, sengaja;
mati ~ mati bukan kerana penyakit (tetapi kerana rindu, sedih, dan lain-lain);

mengagan, mengagan-agan mengganggu, menggoda, mengusik.

agar-agar

1. sejenis tumbuhan (lumut laut), Eucheuma spp.;

2. lumut laut yang sudah diproses (dibersihkan dan sebagainya) dan boleh dimasak untuk dibuat kuih atau penganan;

3. sejenis kuih.

agas II

tali ~ tali senam, tali kala, tali tempat perempuan yang sedang bersalin berpegang.