sejenis tumbuhan (pokok), beksa, bereksa, Cassia timoriensis.
bebawang
organ pembiakan vegetatif yang merupakan tunas bawah tanah, terdiri daripada batang yang sangat pendek dan dikelilingi beberapa lapis daun tebal yang berisi makanan simpanan;
~ gantung sejenis bebawang yang pembiakannya terjadi daripada benih yang gugur dari bunga.
bebayuh
[kata seru] beroleh hak atau giliran seseorang perempuan yang bermadu daripada suaminya:
timbul konsep ~ yang berpunca daripada sistem kepercayaan orang Melanau.
bebe I
[Indonesia] = baju ~ gaun (baju perempuan cara Barat).
bebe II
[Indonesia-Belanda] pegawai perkhidmatan awam.
bebe III
[Kedah] bayi, anak kecil yang masih menyusu.
bebeh
[Kedah];
membebeh, terbebeh terunjur keluar (bibir sebelah bawah).
bebek I
[Jakarta] itik;
membebek berlaku seperti bebek (mengikut pendapat atau kata orang dengan tidak berfikir, beristeri banyak, dan lain-lain);
pembebek orang yang suka mengikut kelakuan (cakap dan lain-lain) orang lain.
bebek II
embek (bunyi kambing, biri-biri);
membebek mengembek;
masuk kandang kambing ~, masuk kandang kerbau menguak (peribahasa) harus pandai menyesuaikan diri pada setiap keadaan;
bebekan embek.
bebel I
membebel
1. mengeluarkan kata-kata secara yang tidak tersusun atau yang sukar difahami, mengomel;
2. berleter;
membebelkan membebel tentang;
bebelan kata-kata yang dikeluarkan oleh orang yang membebel, omelan.