beban

1. barang yang dibawa (di atas kuda, keldai, dan lain-lain) atau dipikul;
kuda ~ kuda untuk mengangkat beban, kuda muatan;

2. tanggungan (kewajiban) yang berat:
dia menjadi ~ kepada kedua-dua orang tuanya;
kenaikan harga barang merupakan satu ~ kepada orang ramai;

3. tanggungan daripada kenaikan cukai;
~ berat senggulung batu (peribahasa) tanggungan yang sangat berat;
~ sudah di pintu (peribahasa) beban sudah dekat untuk dibawa (anak perempuan yang sudah patut dipersuamikan);
besar senggulung daripada ~ (peribahasa) besar belanja daripada pendapatan;
ibarat ~ belum lepas dari bahu (kepala) (peribahasa) belum lepas daripada tanggungan;
seberat-berat ~, di atas kepala jua (peribahasa) betapa pun berat tanggungan harus dipikul sendiri juga (orang lain hanya sekadar membantu);
seberat-berat ~, laba jangan ditinggalkan (peribahasa) walaupun sedang mengerjakan pekerjaan berat tetapi kalau ada jalan keuntungan, jangan dibiarkan lalu saja keuntungan itu;
tiada ~ dicari ~, pergi ke pulau batu digalas (peribahasa) mencampuri perkara orang dan beroleh kesusahan sendiri;

membebani memberi beban (tanggungan yang berat) kepada, menyebabkan atau membuat seseorang menanggung beban:
~ murid dengan kerja rumah;
kebanyakan mereka kini dibebani oleh tugas dan tanggungjawab yang berat;

membebankan memberikan beban:
tugas yang berat dibebankan kepadanya;
kerja yang ~;

bebang

terbebang, kebebangan berasa susah hendak membuang air besar (air kecil);
mati ~ mati kerana tidak dapat keluar (anak yang hendak lahir);
gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan (peribahasa) hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri binasa.

bebar

kacau-bilau dan riuh-rendah:
orang ramai itu menjadi ~ apabila berlaku gegaran di bangunan itu;

berbebar, berbebaran bergerak (berlari, terbang, dan sebagainya) dengan tidak berketentuan: kelelawar ~ dalam gua itu.

bebas

1. tidak terhalang (untuk bergerak, bercakap, dan lain-lain), tidak terkongkong, tidak terkurung, lepas, leluasa:
angkasa ~;
dunia ~;
politik ~;
setiap orang ~ mengeluarkan pendapatnya;

2. lepas daripada kewajiban (tuntutan, ketakutan, cukai, hukuman, dan lain-lain):
ia ~ daripada kewajiban memberi belanja kepada bekas isterinya;
tidak seorang pun ~ daripada cukai;

3. merdeka (tidak dikuasai oleh negara lain):
negara-negara ~ menjadi ahli B.B.;
~ cukai tidak dikenakan sebarang cukai (tentang perniagaan, barang, dan lain-lain);
~ tol
a) tidak dikenakan bayaran untuk panggilan telefon:
syarikat itu menyediakan satu talian telefon ~ tol;
b) tidak dikenakan bayaran untuk menggunakan jalan raya, jambatan dan lain-lain:
kerajaan akan menyediakan laluan alternatif ~ tol bagi setiap jalan bertol;

membebaskan
1. memberi keadaan bebas (untuk bergerak, bercakap, dan lain-lain), memberi keleluasaan, melepaskan:
baru beberapa hari dibebaskan daripada tahanan, ia sudah mencuri lagi;

2. melepaskan daripada kewajiban (tuntutan, tekanan, hukuman, dan lain-lain):
tidak patut ia ~ diri daripada tanggungjawab terhadap gadis itu;

3. memerdekakan (daripada kekuasaan lain):
angkatan bersenjata Sekutu ~ Yunani daripada tangan Fasis;

4. memberhentikan (daripada tugas atau jawatan):
pegawai itu dibebaskan daripada jawatannya;

kebebasan perihal (keadaan) bebas, kemerdekaan:
Kedah mencari ~ negerinya daripada takluk orang-orang Siam;
~ akhbar
kebebasan surat khabar menyiarkan berita (membuat ulasan dan sebagainya) tanpa dikongkong atau disekat;

pembebasan perihal (perbuatan, tindakan, usaha) membebaskan:
negara itu meneruskan perjuangan ~ wilayahnya yang diduduki musuh;

pembebas orang (alat dan lain-lain) yang membebaskan:
kuman ~ nitrogen.

bebat

kain dan lain-lain untuk membalut;

membebat membalut:
dia ~ luka itu;

pembebatan perbuatan membebat;

pembebat
1. orang yang membebat;

2. benda untuk membebat.