sejenis burung yang berkaki dan berleher panjang dalam genus Egretta dan genus yang berkaitan;
~ batu , Egretta sacra;
~ besar, Egretta alba;
~ cina, Egretta eulophotes;
~ kecil, Egretta garzetta;
~ kendi, Egretta intermedia;
~ kerbau, Bulbulcus ibis;
~, ~, minta aku leher, badak, badak, minta aku daging (peribahasa) iri hati melihat kekayaan (kelebihan) orang;
berapa tinggi terbang ~, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga = setinggi-tinggi terbang ~, hinggap ke bubungan juga (peribahasa) walau berapa tinggi pangkat akhirnya hilang juga, walau ke mana juga kita pergi akhirnya akan balik ke negeri asal juga.
bangbang
[Jawa] [sastera lama] merah:
berpayung ~ mas.
bangbung I
bunyi tambur dan sebagainya.
bangbung II
sejenis kumbang yang makan umbut nyiur.
banget
[Jawa] sangat, amat sangat;
bangat II.
bangga I
1. megah;
2. besar hati:
saya berasa ~ kerana mendapat kawan yang begitu setia;
berbangga
1. berasa megah;
2. berasa besar hati:
anak-anak kita akan ~ membaca kisah pengalaman kita;
membangga [arkaik] berbangga;
membanggakan
1. memegahkan:
apakah yang hendak dibanggakan dengan gelaran warisan yang diterimanya itu?
2. menimbulkan rasa bangga, menimbulkan rasa besar hati:
keputusan yang dicapai sungguh ~ kita semua;
kebanggaan
1. kemegahan:
pahlawan itu menjadi pasak ~ tanah air;
2. rasa besar hati.
bangga II
[Jawa] [arkaik] membangkang, menentang.
banggi I
[Jawa] derhaka.
banggi II
= banji.
bangir
[Jawa] mancung (hidung).