bangga I

1. megah;

2. besar hati:
saya berasa ~ kerana mendapat kawan yang begitu setia;

berbangga
1. berasa megah;

2. berasa besar hati:
anak-anak kita akan ~ membaca kisah pengalaman kita;

membangga [arkaik] berbangga;

membanggakan
1. memegahkan:
apakah yang hendak dibanggakan dengan gelaran warisan yang diterimanya itu?

2. menimbulkan rasa bangga, menimbulkan rasa besar hati:
keputusan yang dicapai sungguh ~ kita semua;

kebanggaan
1. kemegahan:
pahlawan itu menjadi pasak ~ tanah air;

2. rasa besar hati.

berkongsi