buku yang mengandungi peta-peta (gambar rajah dan maklumat-maklumat lain tentang negeri-negeri).
atlas II
[Arab], [sastera lama] sejenis kain halus yang berkilat;
antelas.
atlas III
tulang ruas yang pertama.
atlet
orang yang giat dalam lapangan sukan, ahli sukan.
atletik
berbagai-bagai jenis olahraga (terutamanya yang memerlukan kekuatan, ketangkasan, dan kecepatan seperti berlari, melompat, berenang, dan lain-lain), sukan.
atlit
atlet.
ATM
kepvAutomated Teller Machine (Mesin Teler Automatik, iaitu mesin yang memberikan khidmat juruwang secara automatik).
atma
jiwa, nyawa;
~ juita [sastera lama] kata cumbuan.
atmometer
(Fizik) alat pengukur kadar penyejatan air.
atmosfera
lapisan udara yang melingkungi bumi (yang terdiri daripada bahan-bahan gas).