noda

1. bintik, kotoran (pada baju dan lain-lain):
dibersihkannya ~ yang ada pada kainnya itu;

2. aib, cacat, cela, nista:
akan kukikis ~ ini dari diriku habis-habis;

bernoda
1. mempunyai noda (kotor):
kain yang ~;

2. mendapat aib, bercacat, bercela:
sebab sekali dia orang ~, sampai bila-bila senang sahaja orang kata dia orang tu ~ ;

menodai
1. menjadikan bernoda, mengotori:
kelihatan bahagian bawah baju gaunnya sudah dinodai lumpur;

2. memburukkan nama baik dan lain-lain, mengaibkan, mengejikan:
~ nama baik keluarganya;

3. mencabuli, memperkosai:
kehormatan Normah telah dinodai;

ternoda telah dinodai:
niat yang suci itu menjadi ~ apabila disalurkan melalui cara yang hina;

kenodaan keadaan ternoda:
mereka akan bangun menentang ~ hidup;

penodaan perihal (perbuatan dan sebagainya) menodai, pencabulan:
dalam cerpen ini Ali melukiskan resah hati gadis yang malu setelah menerima akibat ~;

penoda orang yang menodai (seseorang gadis dan sebagainya), orang yang mencabuli kehormatan seseorang (perempuan):
gadis tersebut mengandung tetapi ~nya sudah lama melarikan diri.

berkongsi