monopoli

1. penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan, perdagangan, perkhidmatan, dan sebagainya dalam pasaran tertentu oleh seseorang, sesebuah firma, atau sekumpulan orang atau firma;
~ asing dalam perdagangan telah dapat dipatahkan oleh ahli-ahli perniagaan anak negeri;

2. pemikiran atau penguasaan sesuatu yang tidak boleh dikongsi dengan orang atau pihak lain:
Islam bukan ~ orang Arab;

memonopoli
1. menguasai sesuatu (perdagangan, perkhidmatan, dan sebagainya) dengan bebas tanpa menghadapi saingan:
Portugis dan Belanda datang ke alam Melayu ini bertujuan untuk ~ perdagangan;

2. mempunyai, mengawal, atau menggunakan sesuatu (peluang dan lain-lain) sepenuhnya;

pemonopolian perbuatan (proses) memonopoli;

pemonopoli orang atau pihak yang memonopoli sesuatu (perniagaan, perkhidmatan dan sebagainya):
undang-undang ini bertujuan mengelakkan ~ daripada mengaut keuntungan yang berlebihan.

berkongsi