lapik I

1. alas (tikar, cadar, tiang, dan lain-lain):
~ duduk;

2. lapis baju sebelah dalam (untuk menebalkan supaya tahan), sampul pada kulit buku dan lain-lain:
baju dan lengan, tali pinggang dan ~, biasanya dipotong memanjang kain;
harganya ada tertulis pada ~ kulit buku tersebut;
~ duduk
tikar dan lain-lain tempat duduk;
~ kaki selipar (terompah dan lain-lain);
~ meja kain, plastik dan sebagainya yang digunakan untuk menutup permukaan meja;
~ perut sarapan yang dimakan supaya tidak berasa terlalu lapar;
~ tiang (batu dan lain-lain) pengalas tiang;
menggantikan ~ (peribahasa) mengahwini janda saudaranya;
se~ seketiduran sebantal sekalang hulu (peribahasa) terlalu karib;
sudah bergulung ~ sahaja (peribahasa) hal orang yang terlalu miskin;

berlapik mempunyai atau memakai lapik:
saya tertidur di atas lantai yang ~ tikar mengkuang;

berlapikkan beralaskan:
dua buah kerusi yang ~ baldu;

melapik;
~ perut makan pagi-pagi supaya tidak terlalu lapar, menyarap;

melapiki memberi lapik kepada, memasang lapik:
matanya merenungi petak-petak tikar mengkuang yang ~ punggungnya;

melapikkan menggunakan sesuatu sebagai lapik;

pelapik sesuatu yang dijadikan lapik, pengalas.

berkongsi