1. udara yang disedut ke dalam dan dihembuskan keluar dari paru-paru;
menarik ~ menyedut udara (ke dalam paru-paru);
menghembuskan ~ yang akhir (penghabisan) mati;
2. penyedutan dan pengeluaran udara dari paru-paru:
~ pendek;
~nya Isnin Khamis [Indonesia], [bahasa percakapan] mengap-ngap (hampir mati);
sakit ~ sakit sesak nafas (bengik);
~ baru semangat baru atau sumber baru kekuatan yang memulihkan sesuatu kegiatan dan lain-lain atau memberinya keupayaan baru:
memberi ~ baru kepada perkembangan dunia hiburan dan perkembangan bahasa Malaysia amnya;
senafas
1. sepanjang waktu yang diperlukan untuk menarik dan mengeluarkan nafas satu kali, dalam jangka waktu yang pendek sekali:
tapi angin mati, ~ pun tak bertiup;
2. [kiasan] sama keadaannya, selaras, sepadan, sesuai:
kalimat-kalimatnya sejenis dan ~;
bernafas
1. menyedut dan menghembuskan nafas dari paru-paru:
ikan ~ melalui insangnya;
2. bernyawa, hidup;
tiap-tiap yang ~ tiap-tiap yang hidup;
3. mempunyai unsur, berunsur, berbau:
puisi yang ~ keislaman seperti yang diasaskan oleh Hamzah Fansuri dan Amir Hamzah itu seolah-olah tidak diteruskan lagi; ~ keluar badan (peribahasa) lebih percaya kepada pendapat orang lain daripada pendapat sendiri;
menafaskan mengeluarkan nafas;
pernafasan perihal bernafas:
liang ~.