mudah I

1. tidak susah atau sukar, gampang, senang:
sajak baru, bukanlah satu hasil seni yang ~ difahami;
dengan takdir Allah Taala, Manjung pun alah dengan ~nya;

2. cepat atau lekas sekali (menjadi dan lain-lain):
ada setengah-setengah orang yang ~ menganggap bahawa pengarang itu seorang manusia yang luar biasa;
kalau angin kencang, mungkin api yang meliuk-liuk lemah itu padam dengan ~nya;

3. [bahasa percakapan] senang diperdaya (perempuan), tidak kuat imannya;
~ jua pada yang ada, sukar jua pada yang tidak (peribahasa) orang kaya dapat memenuhi adat apa pun jua sedangkan orang miskin segalanya susah;

bermudah-mudah menganggap senang sahaja sesuatu pekerjaan, mengerjakan dengan tidak bersungguh-sungguh;

memudahkan
1. menjadikan mudah (untuk dikerjakan dan lain-lain), menyenangkan:
untuk ~ mendapat makan, mereka telah menyewakan rumah mereka;

2. memandang atau menganggap tidak penting (mustahak, berharga, dan lain-lain), menganggap enteng:
maksud senang di sini bukanlah bererti yang mereka harus ~ kewajiban mengeluarkan zakat;

berkongsi