1. belum tua (orang dan lain-lain), masih remaja:
sesetengah daripada mereka masih ~ mentah;
anak ~ gadis atau teruna;
kaum ~ golongan orang muda, generasi baru;
2. belum masak atau tua (buah-buahan, daun-daunan, dan lain-lain), baru menjadi (parut, kulit, dan lain-lain):
kelapa ~;
parut ~;
3. masih baru (diadakan, diusahakan, dan lain-lain), belum lama (wujudnya sesuatu):
kita juga telah diberi mandat untuk memandu negeri ini dari sebuah negeri ~ menjadi negara dewasa;
4. masih awal (hari, bulan, dan lain-lain), belum menghujung (lewat):
malam masih ~ tetapi jalan raya telah mulai lengang;
orang telah pulang ke rumah masing-masing sebab telah menghabiskan wang di bulan ~;
5. tingkatan (kedudukan, pangkat, dan lain-lain) yang kedua:
laksamana ~;
leftenan ~;
menteri ~;
raja ~ bakal raja;
6. yang terakhir atau baru (isteri):
isteri ~;
7. kurang gelap atau tua (warna), agak pucat:
merah ~;
hijau ~;~ belia muda sekali;
~ hati = ~ fikiran (orang tua) yang tingkah lakunya seperti orang muda;
~ jelita orang yang muda lagi jelita (gadis);
~ mentah [bahasa percakapan] sangat muda;
~-mudi;
a) golongan orang muda;
b) [Indonesia] tarian antara laki-laki dan perempuan yang moden (bukan dansa);
~ remaja muda yang sudah hampir akan baligh;
~ terala orang muda yang berpangkat tinggi;
main ~ berseronok (bersuka-sukaan) dengan perempuan;
bermuda [Minangkabau] bermain muda, bermukah, berzina;
~ diri selalu benar berkahwin;
bermuda-muda [Minangkabau] berkelakuan seperti orang muda;
memudakan membuat (menjadikan dan lain-lain) muda, menganggap muda:
selesai ~ wajah, sibuk pula dia memilih tali leher;
mempermuda menjadikan lebih muda:
tentu sekarang ia berkurang akan ~ kulitnya;
kemudaan perihal muda, keadaan (masih) muda:
menuruntukan nafsu ~nya;
kerana ~ usia, maka para belia masih memerlukan bimbingan, nasihat, teguran serta tunjuk ajar daripada golongan yang lebih berumur;
kemuda-mudaan bertingkah laku seperti anak muda;
pemuda orang yang masih muda (lelaki), anak (lelaki) yang masih remaja.