muat

1. ada ruang untuk diisi (diduduki, ditempati, dan lain-lain), dapat berisi:
Ramlan tidak mahu membawa dia dan isterinya bersama dengan alasan keretanya tidak ~;

2. ada (terkandung) di dalamnya, berisi;
~ naik (Komputer) tindakan memindahkan fail dari stesen komputer pengguna ke stesen komputer utama melalui talian rangkaian;
~ turun (Komputer) tindakan memindahkan fail dari stesen komputer utama ke stesen komputer pengguna melalui talian rangkaian;

bermuat
1. berisi atau diisi dengan:
tiap-tiap perahu itu ~ dengan tiga puluh orang;
adapun kapal-kapal sekalian itu ~ askar dan Supai orang Benggali;

2. [sastera lama] mengisi atau memunggah barang (ke kapal, perahu, dan lain-lain);

bermuatan mempunyai atau berisi muatan:
sebuah lori yang ~ beberapa batang kayu balak;

memuat
1. mengangkut (kapal, perahu, kereta, dan lain-lain), berisi dengan:
besoknya Cina itu pasti datang, tiga empat buah lori ~ barang-barang;

2. mengandungi (mempunyai sebagai isi):
Sejarah Melayu misalnya ~ kisah-kisah keturunan raja-raja Melayu Melaka;

memuati menaruh barang-barang (ke dalam perahu dan lain-lain), mengisi:
pelangnya itu dimuatinya dengan pisang dan ubi keladi;

memuatkan
1. memasukkan barang-barang ke dalam (kapal, lori, dan lain-lain), mengisikan:
kami pun ~ barang-barang itu di tempat duduk belakang kereta;
orang biasa enggan membuat kerja ~ barang-barang ke dalam kapal atau memunggah barang-barang dari kapal;

2. memasukkan ke dalam kandungan (majalah dan sebagainya), menempatkan (di akhbar dan lain-lain), menyiarkan (di majalah dan lain-lain):
apalah gunanya ~ perkara yang kecil-kecil ini di akhbar;
karanganku mengenai perjuangan rakyat tanah jajahan dimuatkan dalam salah satu surat khabar;

termuat dimasukkan atau disiarkan (dalam akhbar dan lain-lain):
cerita jenaka yang ~ dalam buku ini adalah sebahagian sahaja daripada cerita jenaka rakyat;

muatan barang-barang yang dibawa (oleh lori dan lain-lain), isi (kapal dan lain-lain):
sampai dekat kuala maka dipunggahlah segala ~ perahu itu;
~ haba
(Kimia) kuantiti haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu sesuatu bahan sebanyak satu kelvin, lazimnya pada tekanan dan isi padu yang sama;
~ haba tentu (Kimia) muatan haba per unit jisim, atau kuantiti haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu satu kg bahan sebanyak satu kelvin;
orang ~ orang yang menumpang (naik) kapal dan lain-lain;
resit ~ = surat ~ [Indonesia] surat keterangan berkenaan barang-barang yang dikirim dengan kapal dan lain-lain;

pemuatan perihal (proses) memuatkan sesuatu, pengisian;

pemuat (Kejuruteraan) kapasitor:
satu lagi teknik pengesanan ialah penggunaan sejenis ~ yang tidak mempunyai arus bocor.

berkongsi