1. setuju, seia sekata:
maka segala hulubalang sekalian ~lah dengan kata Laksamana itu;
2. sesuatu yang dipersetujui, penyataan setuju, persetujuan:
dengan ~ bersama, kami bermalam di situ;
mencapai kata ~ mencapai persetujuan;
3. perundingan, pembicaraan, permesyuaratan:
setelah sudah putus ~ itu, maka sahaya sekalian pun belayarlah keluar dari Kuala Kelantan;
4. berunding (bermesyuarat) dengan:
hendaklah engkau ~ segala menteri orang besar-besarmu;
5. seia, sepakat:
jangan kamu ingin akan isteri orang dan anak hamba kamu, dan hendaklah kedua kamu ~ dua bersaudara;
semuafakat seia sekata, sepakat, setuju:
tidak ada faham ~ dalam rombongan itu sendiri;
bermuafakat berunding (untuk mencapai sesuatu persetujuan), bermesyuarat:
~lah sahaya sekalian bersama-sama sebab angin terlalu keras;
memuafakati
1. mengajak bercakap atau berunding (berkenaan (dengan) sesuatu);
2. menyetujui;
memuafakatkan
1. membincangkan atau membicarakan sesuatu dengan:
hal ini perlu dimuafakatkan terlebih dahulu;
2. [sastera lama] mempersetujukan, mempersesuaikan:
baginda fikir berbicara hendak muafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja;
kemuafakatan
1. perihal muafakat (mendapatkan kata sepakat), kesepakatan:
apabila sudah putuslah ~nya, maka lalulah ia belayar mengembara;
2. persetujuan, perjanjian:
dengan ~ segala orang besar;
permuafakatan
1. perihal bermuafakat, perundingan;
2. persetujuan, kata setuju:
hal itu hanya dapat diadakan dengan kerjasama dan ~ antara para wartawan dan ahli-ahli kebudayaan;
3. mesyuarat:
mesyuarat yang berminit dipandang lebih penting daripada ~ yang dibuat secara tidak rasmi.