motif

1. sebab (tujuan) yang mendorongkan seseorang melakukan sesuatu atau bertindak:
soal kesusasteraan ini juga tidak terlepas daripada ~ ekonomi, kerana apa gunanya mengarang kalau tidak dibeli orang;

2. dasar fikiran atau pendapat:
cerita ini juga memperlihatkan ~ pengarangnya yang tegas sekali;

3. pokok (dasar, tema) dalam sesebuah cerita dan lain-lain:
hikayat yang mempunyai ~ dua orang asyik-maksyuk bercerai tetapi akhirnya bertemu kembali;

4. sesuatu yang dijadikan dasar atau corak pada lukisan (ukiran dan lain-lain):
penenun Iban paling gemar menggunakan ~ manusia, binatang, dan tumbuh-tumbuhan;

bermotifkan mempunyai (menggunakan) sesuatu sebagai motif, berasaskan, berpunca daripada:
pending yang dijumpai di Perak itu ~ bunga teratai;
pembunuhan itu mungkin ~ perasaan dendam.

berkongsi