minta

1. = meminta menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (untuk mendapat sesuatu), pinta:
semalam Aini ada ~ ubat daripada Pak Ludin;
mamak itu tersenyum sedikit apabila laki-laki cengkung itu ~ dia buatkan dua piring mi goreng;

2. = meminta mengucapkan (doa dan lain-lain), melafazkan;

3. = meminta melamar anak gadis supaya menjadi isteri, meminang;

4. = diminta diharap (supaya), haraplah, sudilah:
~ diam sebentar tuan-tuan;
~ aman
= ~ nyawa mohon supaya tidak dibunuh;
~ ampun = ~ maaf mohon supaya diberi ampun (maaf);
~ berhenti memberitahu hendak berhenti (daripada pekerjaan);
~ diri mohon supaya diizinkan pulang (pergi);
~ doa
a) berdoa, mendoa;
b) kenduri untuk meminta selamat, selamatan;
~ jalan minta supaya diberi jalan (untuk lalu);
~ janji meminta supaya menunaikan janji (menepati janji);
~ sedekah mengemis;
~ selamat minta supaya selamat;
~ tabik
a) memberi hormat (salam);
b) minta maaf (kerana hendak bertanya dan lain-lain);
~ tangan minta diajar (dipukuli);
~ terima kasih mengucapkan terima kasih;
~ tolong mohon pertolongan (daripada orang lain);

minta-minta 1. = berminta-minta, meminta-minta minta sedekah, mengemis;
orang ~ pengemis;

2. [bahasa percakapan] mudah-mudahan, moga-moga:
~ luluslah aku dalam peperiksaan tahun ini;

berminta diminta (lawan dibeli);
licin kerana minyak ~ (peribahasa) sindiran untuk merendahkan orang yang angkuh kerana barang yang dipinjam;

meminta
1. minta;

2. menentukan (nasib, hidup mati);

memintai memohonkan sesuatu berkali-kali, banyak yang diminta, memohon, memohon kepada;

memintakan meminta sesuatu untuk (orang lain dan lain-lain);

permintaan
1. perihal (perbuatan) meminta:
~nya supaya menceraikannya itu sungguh berat dirasa oleh suaminya;

2. sesuatu yang diminta, permohonan:
~ orang tampan itu diterimanya dengan segala senang hati;

3. [Minangkabau] peminta (nasib yang ditakdirkan Tuhan):
sudahlah nasib ~ badan, kita di bawah kehendak Allah;

4. (Ekonomi) pernyataan kehendak atau kemahuan pembeli (untuk barang atau perkhidmatan) dengan kesediaan membayar harga yang tertentu;

peminta
1. orang yang meminta;
~ sedekah pengemis;

2. = [sastera lama] permintaan permohonan, apa yang diminta;

3. [Minangkabau] nasib (yang ditakdirkan Tuhan);
buruk ~ nasib buruk.

berkongsi