1. perihal atau perbuatan menggunakan sesuatu (alat dan lain-lain) atau mengerjakan sesuatu (dengan tangan dan lain-lain) dengan cekap:
seperti selalu Kurosawa menyegarkan filemnya dengan ~ visual dan bunyi yang menarik;
setiap ~ bahasa dalam karya sastera hanya wajar dilakukan oleh orang yang telah lebih dulu menguasai bahasa;
2. segala tindakan dan selok-belok untuk memperdayakan orang atau mempengaruhi perlakuan (pendirian dan lain-lain) orang lain tanpa disedari orang itu;
3. sesuatu perbuatan curang atau kurang baik yang dilakukan untuk faedah sendiri:
~ harga mempengaruhi keberuntungan pengusaha industri kecil;
memanipulasikan
1. mengerjakan atau membuat sesuatu (dengan menggunakan tangan) dengan cekap, mengendalikan atau menggunakan sesuatu dengan cekap atau bijaksana:
yang begitu dighairahkan ialah meniup dan ~ kaca semasa lembik;
masyarakat umum mengenali al-Jabar sebagai ilmu yang membicarakan cara ~ simbol dengan hukum dan petua tertentu;
2. mengendalikan (menggunakan) sesuatu atau melakukan sesuatu secara bijaksana sehingga dapat mencapai sesuatu tujuan:
ahli-ahli politik mesti kembali menghormati agama dan mengelakkan nafsu kuasa politik dengan ~ agama;
3. melakukan sesuatu yang curang, menggunakan sesuatu untuk berbuat curang atau tidak baik;
pemanipulasi pihak (orang dan sebagainya) yang bijak memanipulasikan sesuatu (keadaan dan sebagainya).