1. tidak sempit, lapang (pakaian, lubang, dan lain-lain):
seluar baru itu ~ sedikit;
2. tidak ketat, mudah tercabut, mudah terlepas (paku, skru, jahitan, ikatan, dan lain-lain):
jahitannya ~ dan kasar;
tangannya memeluk ~ anak bongsunya di dada;
3. [kiasan] tidak teguh, tidak erat (tali persaudaraan, persahabatan, dan sebagainya):
semenjak kejadian itu, persahabatan mereka mulai ~;
4. [kiasan] tidak mengikat kuat (aturan, syarat, undang-undang, dan sebagainya), tidak sangat terbatas, tidak ketat, kendur:
hutang lapuk disebabkan oleh cara pemberian, cara kawalan dan cara pentadbiran wang kerajaan dan syarikat yang ~ dan tidak teratur;
~ sendat, lapang bertukul (peribahasa) berpura-pura menerima sesuatu kebenaran tetapi sebenarnya menolak kebenaran itu;
sempit lalu, ~ ditokok (peribahasa) di negeri yang miskin penduduknya rajin-rajin dan di negeri yang makmur penduduknya malas;
melonggari menolak atau menambah supaya longgar (pakaian dan lain-lain):
kalau tidak dilonggari, seluar itu tidak dapat dipakai lagi;
untuk menambah ahli, syarat-syarat untuk masuk pertubuhan itu mesti dilonggari;
melonggarkan
1. menjadikan longgar atau tidak ketat (berkenaan (dengan) pakaian, skru, paku, dan lain-lain): ia ~ skru itu;
menggali atau membajak akan ~ tanah;
2. mempermudah (syarat-syarat, cara pembayaran, dan sebagainya), meringankan (aturan, undang-undang, dan sebagainya):
larangan membakar mercun dilonggarkan pada malam itu;
3. meluangkan (waktu dan sebagainya);
memperlonggar menjadikan lebih longgar;
kelonggaran
1. perihal longgar:
untuk mencegah ~, skru itu harus diketatkan;
pertolongannya itu bererti memberi ~ juga kepada isterinya;
2. menjadi longgar:
semua pakaiannya ~ kerana badannya yang semakin susut itu;
pelonggaran perihal melonggarkan (pakaian, skru, dan lain-lain, meluangkan waktu dan sebagainya, mempermudah syarat-syarat dan sebagainya, meringankan aturan dan sebagainya).