loghat I

1. kata (dalam erti yang sebenarnya);
terjemahan menurut ~ terjemahan sekata demi sekata, erti yang tepat;

2. bahasa daerah, dialek, bahasa setempat:
~ Minangkabau;
Bahasa Melayu Sarawak mempunyai beberapa ~ yang berbeza dari setempat ke setempat;

3. gaya mengucapkan kata-kata:
Siapa nama awak? ia bertanya dengan ~ Riau-Johor;
bahasa Melayunya fasih sekalipun ~ Jepunnya masihjelas kedengaran;

4. daftar kata, perbendaharaan kata:
kata itu terdapat dalam ~ Melayu;
~ rasmi
loghat atau bahasa yang ditetapkan oleh pihak yang berkuasa sebagai loghat yang sah;
~ umum loghat yang selalu dipakai oleh orang ramai;
ilmu ~ ilmu bahasa;
kitab ~ kamus;

berloghat menggunakan (bercakap dalam) loghat:
dia ~ Kelantan sewaktu bercakap dengan kawan sedaerahnya.

berkongsi