1. kain penampung angin (untuk menjalankan perahu, kapal):
setelah itu sauh dibongkar, ~ pun ditarik, belayarlah geliung panjang itu;
kapal ~ kapal yang menggunakan layar;
2. tirai, penutup jendela, dan lain-lain, langsir;
3. = ~ perak (putih) kain tempat menayangkan wayang gambar (wayang kulit dan lain-lain):
bintang-bintang lawak di ~ perak cuma berada di bibir mulut peminat-peminat filem selagi mereka berlakon;
4. = kain ~ sejenis kain tebal (untuk dibuat layar);
~ agung layar yang terbesar (pada kapal);
~ apit layar pendua (bagi layar agung);
~ batang layar yang dipasang pada kayu yang menghubungkan tiang dengan hujung layar itu;
~ bubutan (temberang) layar dekat layar agung (untuk membelok);
~ bulu ayam layar pengimbang (pada tali penyokong tiang);
~ cucur layar segi tiga (yang dipasang pada tiang yang terdepan), jib;
~ dastur (pinggir) layar kecil sebagai pembantu layar yang besar;
~ gap (gusi) layar yang dipasang pada canggah yang dilekatkan di bahagian atas tiang kapal;
~ padau layar yang dipasang ketika angin ribut;
~ pengapuh layar yang dipasang di atas layar terbawah;
~ penyorong (baksi) layar yang dipasang pada tiang belakang jib;
~ pucuk jala (tanjak, tanjung) layar besar di belakang jib;
~ sabang layar yang dipasang pada tiang perahu kecil di belakang;
~ terbang (top) layar segi empat yang dipasang melandai pada tiang;
~ topang layar yang terbesar pada tiang depan;
~ menimpa tiang (peribahasa) seseorang yang diharapkan menjadi pembelot;
berlayar menggunakan layar (perahu, kapal):
perahunya lilin ~ kertas;
belayar
1. berjalan atau bergerak (berkenaan (dengan) kapal atau perahu):
kapal itu sedang ~ menuju ke pelabuhan Kelang;
2. pergi (berpergian) dengan kapal atau perahu:
mereka akan ~ ke India dengan menaiki kapal penumpang;
~ dulu ki meninggal dunia;
~ ke pulau kapuk tidur;
~ atas angin (peribahasa) berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain;
~ bernakhoda, berjalan dengan yang tua (peribahasa) segala pekerjaan lebih baik diusahakan di bawah pimpinan orang yang lebih berpengalaman;
~ sambil memapan, merapat sambil ~ (peribahasa) sekali melakukan kerja dua tiga maksud tercapai;
berbuat di alang tahun, ~ di luar musim (peribahasa) mengerjakan sesuatu pekerjaan tidak pada waktunya tentu tidak mendapat hasil;
melayari belayar di (laut, sungai) dengan kapal atau perahu, mengharungi:
tiga hari sudah mereka ~ laut lepas dengan tiada diganggu oleh apa-apa jua;
~ Internet mencari dan mendapatkan maklumat, data dan sebagainya dalam Internet;
melayarkan membuat supaya belayar (kapal, perahu), menjalankan (kapal, perahu), membawa belayar:
kapal itu dilayarkan kembali ke pangkalannya;
pelayaran perihal belayar, perjalanan kapal dan sebagainya:
pejabat ~;
sekolah ~;
selama dalam ~ itu, ia tidur atau duduk sahaja;
orang ~ orang yang kerjanya belayar, pelayar;
berpelayaran [arkaik] telah biasa atau selalu belayar;
pelayar
1. orang yang kerjanya belayar;
2. (Komputer) sejenis program komputer yang digunakan untuk melayari Internet:
laman Web ini hanya boleh dibuka dengan menggunakan ~ Netscape Navigator sahaja;
3. (Komputer) orang yang melayari Internet:
~ boleh mendapatkan maklumat dari laman Web;
kepelayaran hal, sifat dan sebagainya yang berkaitan dengan pelayar:
semuanya bermula daripada sifat kepahlawanan dan ~ orang Melayu pada waktu itu.