layang I

terbang;
baju (kain) ~ [sastera lama] baju (kain) yang membolehkan orang terbang;
surat ~ surat yang tidak dibubuh nama pengirimnya, surat terbang;

selayang sambil lalu (pandangan, perhatian, dan lain-lain), selintas, sepintas:
~ pandang (lalu);

layang-layang
1. = layangan [Jakarta] sejenis rangka daripada kayu dan dibaluti dengan kertas yang boleh diterbangkan ke udara dengan tali, wau;

2. bahagian rumah antara bumbung dengan dinding yang berbentuk segi tiga;
~ putus talinya (peribahasa) sudah putus harapan (bergantung pada nasib);
ke mana hendak pergi ~ itu, talinya di tangan kita (peribahasa) orang yang lemah itu tidak akan lepas daripada hukuman orang yang berkuasa (orang yang berhutang itu tidak akan lari kalau jaminan ada pada kita);
macam memegang tali ~ (peribahasa) perihal orang yang berkuasa ke atas orang lain;

berlayangan berterbangan (seperti bulu ditiup angin);

melayang, berlayang ark
1. terbang dengan tidak mengipas-ngipaskan sayap, terkatung-katung di udara (kertas atau daun ditiup angin, kapal terbang, dan lain-lain):
beberapa kali kapal terbang kipas empat ~ rendah di atas hutan tempat kami bersembunyi;

2. tidak tenggelam dan tidak timbul (dalam air);

3. [kiasan] hilang (nyawa dan lain-lain), lenyap, tidak tenang (fikiran):
~ fikiran;
~ nyawa (jiwa)
mati;

melayangkan
1. membuat supaya terbang atau melayang, menerbangkan:
yang bulat digolekkan, yang pipih dilayangkan;

2. mengarahkan (pandangan dan lain-lain), menghalakan, mengirimkan (surat dan lain-lain):
sesudah bersalam-salaman, Rosli ~ matanya ke kiri dan ke kanan;
~ surat
mengirimkan surat;

terlayang, terlayang-layang
1. dalam keadaan melayang-(layang), berterbangan:
tiap-tiap biji spora itu akan terlayang-layang di udara sehingga ia jatuh di suatu tempat lalu bercambah;

2. = mata(nya) ~ tertidur, terlena:
sudah berkokok ayam tanda hari akan siang, barulah matanya terlayang-layang hendak tidur;

pelayangan [arkaik] baju (kain) layang.

berkongsi