layan

~ diri pelayanan diri sendiri oleh pembeli kerana penjual atau syarikat perniagaan tidak memberikan khidmat melayan para pembeli;

melayan, melayani
1. menyempurnakan keperluan orang lain (pembeli, tetamu, dan lain-lain), meladeni:
seorang gadis Cina senantiasa ~ pelanggan-pelanggan di situ;

2. mempedulikan (suami, teman, dan lain-lain), mengendahkan, menerima baik (terhadap orang lain):
Edah membentak kerana malas hendak ~ suaminya;

3. menentang (musuh dan lain-lain):
kakang kehilangan saudara sekarang, namanya itu Panji Semirang, lama dicari bukan kepalang, sebilang negeri dilayan perang;

4. mengikut kehendak (hati, fikiran, dan lain-lain):
sejurus ia bermenung ~ fikiran yang berkacau itu;

5. menggunakan sesuatu alat kerja dengan cermat dan betul;

melayankan
1. menyediakan sesuatu untuk orang lain (seperti hidangan makanan dan lain-lain), menghidangkan, menyajikan;

2. menuruntukan kemahuan (sendiri atau orang lain):
ia telah cuba memujuk supaya Wan Intan mahu ~ kehendak hatinya;

layanan perihal melayan(i), ladenan:
permohonan mereka telah tidak mendapat ~ daripada pihak yang tertentu;
pembelaan dan ~ kakak ini tidak seperti yang sepatutnya;

pelayanan perihal atau perbuatan melayan;

pelayan
1. orang yang kerjanya melayan, orang suruhan, pembantu;

2. (Komputer) peranti atau program komputer yang membekalkan data dan maklumat kepada komputer lain yang mempunyai hubungan rangkaian dengannya;
~ besar ketua orang suruhan;
~ dapur orang yang bertugas di dapur (seperti memasak dan lain-lain);
~ pejabat budak suruhan (membantu kerja) di pejabat.

berkongsi