lawan

1. pasangan yang tepat, jodoh:
ulam ~nya sambal;
~ menari
pasangan menari;

2. imbangan, tandingan:
kecantikan gadis itu tidak ada ~nya di kampung kami;

3. musuh (dalam peperangan, permainan, sukan, dan lain-lain), tentangan:
tuan telah berjaya mengalahkan ~ tuan;

4. tentangan (seperti laki-laki dengan perempuan), kebalikannya:
kecil ~nya besar;
gelap ~nya terang;

5. = melawan: jikalau dapat, kami ~;
jikalau tidak dapat, kami berlepas diri;
~ asas
[Indonesia] bertentangan dengan yang lazim (pendapat dan lain-lain);
~ hukum
a) melawan hak;
b) [Indonesia] melanggar hukum;
~ politik tentangan dalam politik;

berlawan
1. mempunyai lawan (tandingan dan lain-lain):
hulubalang terlalu perkasa tiada ~ di dalam negeri;

2. bersalahan (pada hukum, undang-undang, dan lain-lain), bertentangan dengan:
perbuatan yang ~ dengan undang-undang;

3. bertanding (dalam permainan dan lain-lain), beradu:
Baba Melaka telah ~ pantun dengan orang dari Kedah;
~ senjata;

berlawanan
1. bertentangan, tidak sehaluan atau sama:
pendapatnya ~ dengan apa yang dipercayai oleh ibunya;

2. berlumba (untuk mencapai matlamat yang sama), bersaingan (dalam perniagaan dan lain-lain):
kumpulan Ghee Hin ialah puak yang ~ dengan kumpulan Hai San;

3. berlainan sekali, bertentangan (arah, sifat, tujuan, dan lain-lain):
kerana perangai kami yang ~ inilah agaknya rapat benar persahabatan kami;

berlawankan [sastera lama] menentang untuk, berlawan kerana:
kurang ia ~ Duli Yang Dipertuan lebih ia ~ anak isterinya bersungguh-sungguh;

melawan
1. menentang (musuh, lawan, dan lain-lain), menyangkal:
yang hamba harap hanya ia juga akan ~ segala seteru hamba;
tidak baik ~ kedua-dua ibu bapa;
~ kuman penyakit;

2. melayan (berbual dan lain-lain), membuat kawan (bercakap dan lain-lain):
orang-orang yang dilawannya berbicara itu terdiri daripada orang-orang yang tidak berapa biasa dengannya;

3. menandingi (dalam perniagaan, perjalanan, dan lain-lain), menyaingi (untuk menyamai atau melebihi yang lain), beradu dengan;

melawani [sastera lama] menentang akan, melawan akan, memusuhi:
surat ini hendak pun tidak dilawani, takut mudarat ke atas nyawa;

memperlawankan
1. membuat supaya berkelahi (bermusuh, berlaga, dan lain-lain), memperlagakan, mengadu;

2. menjadikan bertentangan (berlawanan dan lain-lain);

kelawanan [arkaik] kebolehan (kecekapan, kesanggupan) untuk melawan atau berlawan;

perlawanan
1. perihal melawan (menentang musuh dan lain-lain), tentangan:
Rommel kembali ke Jerman untuk memimpin ~ terhadap pendaratan pasukan-pasukan pihak Berikat;
pemerintahan Belanda di Indonesia menyerah kepada tentera Jepun dengan tidak mengadakan ~ yang tegas;

2. pertandingan (sukan dan lain-lain), peraduan:
pasukan hoki tersebut akan mengadakan ~ persahabatan di Melaka;

3. perihal berlawanan (seperti siang dengan malam dan lain-lain), pertentangan (makna dan lain-lain):
~ kata;

pelawan (orang yang) suka melawan atau menentang, orang dan lain-lain yang dijadikan lawan, penentang, pembantah, penyangkal:
diperoleh ayam akan ~ ayam Raja Chulan itu;
anak ~
anak derhaka.

berkongsi