lambak

1. longgok (barang-barang yang tidak tersusun), timbunan;

2. banyak (berlimpah-limpah);
pasar ~ [bahasa percakapan] pasar borong;

3. [Minangkabau] lapisan (pada tikar, tilam, dan lain-lain), alas, lapik;

berlambak, berlambak-lambak, melambak,
1. = terlambak tidak tersusun rapi, dilonggokkan sahaja, berlimpah-limpah, bertimbun-timbun:
mengapa dibiarkan kain baju ~ di ceruk bilik?

2. [bahasa percakapan] terlalu banyak:
di bandar tu ~ orang yang berkelulusan tinggi yang belum mendapat kerja;
kain ~ benang emas
kain yang bersulam dengan benang emas banyak-banyak;

melambak
1. bertimbun-timbun (tidak tersusun), banyak;

2. [Minangkabau] melapik, mengalas;
~ selimut (tikar) melapisi selimut (tikar);

melambakkan membuat timbunan (longgok) yang tidak tersusun rapi, melonggokkan:
jangan kamu lambakkan kain kotor di situ;

lambakan
1. longgok (barang-barang yang tidak tersusun), timbunan;

2. (Ekonomi) amalan menjual barang dari luar negara (biasanya dengan banyaknya) dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran tempatan;

perlambakan perihal atau kejadian berlambak:
ini menyebabkan berlakunya ~ pekerja dalam pasaran buruh;

pelambakan perbuatan melambakkan sesuatu, penimbunan.

berkongsi