1. sejenis tumbuhan herba (buahnya pedas dan biasanya dicampur dengan rempah);
~ benggala lada yang berbentuk bulat berwarna merah atau hijau yang mempunyai rasa pedas manis dan digunakan sebagai salad atau sayur;
~ berekor sejenis tumbuhan (herba), kemukus, Piper cubeba;
~ hitam lada yang kulitnya tidak dibuang, Piper nigrum;
~ payung sejenis tumbuhan (herba), cabai jawa, Piper retrofactum;
~ rimba sejenis tumbuhan (herba), akar kalung gajah (ular), sirih murai, Piper ribesioides;
~ sulah = ~ putih lada yang telah dikeringkan dan dibuang kulitnya, merica, Piper nigrum;
2. sejenis tumbuhan (herba dan buahnya), cabai, lombok;
~ api = ~ kecil = ~ kerawit = ~ melaka [Kedah] = ~ padi [Indonesia] sejenis tumbuhan (herba), cabai burung, cabai rawit, Capsicum frutescens;
~ besar = ~ congcang = ~ merah sejenis tumbuhan (herba), cabai seberang, cabai selasih, Capsicum annuum;
~ kering cabai merah yang telah dikeringkan, cili kering, cabai kering;
3. sejenis tumbuhan (pokok renek);
~ pahit sejenis tumbuhan, melada pahit, embalau, Brucea amarissima;
kayu ~ sejenis tumbuhan, akar berangan, Dalbergia parviflora;
~ api (padi, kutuk) ki orang yang berbadan kecil tetapi berani;
4. [bahasa percakapan] menggosokkan cili pada mulut dan sebagainya seseorang (kerana terlalu marah terhadap apa yang telah dicakapkannya dan sebagainya), cabai, cili:
jangan lancang sangat engkau bercakap nanti aku ~ mulut, baru kau tahu;
belum tahu dipedas ~ (peribahasa) belum banyak pengalaman (masih mentah);
burung terbang dipipiskan ~ (peribahasa) sudah bersedia untuk mengharapkan hasil yang belum diperoleh;
kecil-kecil ~ api, besar-besar limau abung (peribahasa) biar kecil tetapi berani daripada besar tetapi penakut;
siapa makan ~ dialah berasa pedas (peribahasa) orang yang bersalah akan berasa tersindir kerana kesalahannya;
berlada dibubuh lada (cabai, cili), bercabai, bercili:
kuah ~;
meladai membubuh lada pada (gulai dan lain-lain).