labur II

melabur
1. membekalkan makanan (wang, modal, dan lain-lain) kepada pekerja dan lain-lain;

2. = meletakkan (memberikan, menyerahkan) sejumlah wang untuk sesuatu usaha (seperti pengeluaran barang, perniagaan, dan sebagainya) dengan tujuan untuk memperoleh keuntungan, menanam modal:
rakyat bumiputera diseru melabur dalam Amanah Saham Nasional;

melaburkan meletakkan (wang) sebagai modal (untuk perniagaan dan lain-lain):
dia ~ sebahagian besar wangnya dalam syarikat itu;

pelaburan
1. jumlah wang (modal dan sebagainya) yang dilaburkan dalam sesuatu usaha niaga dan sebagainya, penanaman modal;

2. sesuatu yang dibeli dan sebagainya dengan harapan akan mendapat keuntungan yang berlipat ganda, penanaman modal:
pembelian tanah merupakan suatu bentuk ~ yang menguntungkan;

pelabur
1. orang yang melabur (menanam modal);

2. bekalan makanan (wang dan lain-lain);

~ asing individu atau syarikat dari luar negara yang melaburkan modalnya dalam sesuatu perniagaan dan sebagainya;
~ institusi (Ekonomi) institusi atau organisasi yang mengumpul dan mengurus dana daripada orang ramai untuk tujuan pelaburan secara besar-besaran dalam pasaran saham dan sebagainya;
~ runcit (Ekonomi) pelabur individu yang jumlah pelaburannya sangat kecil (hanya beberapa lot saham dan sebagainya);
~ habis Palembang tak alah (peribahasa) perbuatan yang sia-sia.

berkongsi