kutub I

1. hujung paksi atau gandar (bumi dan lain-lain);

2. (Fizik) pangkalan litar elektrik, sama ada punca positif atau negatif;

3. (Fizik) pengalir atau litar yang membawa arus masuk;
~ bumi bahagian di utara dan selatan bumi pada kedua-dua hujung paksi bumi;
K~ Janubi = K~ Selatan kutub di selatan bumi;
~ magnet kedua-dua bahagian hujung magnet (besi berani) yang paling kuat kuasa penariknya;
~ negatif (Fizik) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yang menerima arus, dengan simbol (-);
~ positif (Fizik) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yang mengeluarkan, arus dengan simbol (+);
K~ Syamali = K~ Utara kutub di utara bumi;
bintang ~ bintang yang kelihatan di atas kutub bumi;

berkutub ada kutubnya (berkenaan (dengan) sel dan lain-lain);

kekutuban (Fizik) keadaan elektrik sesuatu jasad, sama ada positif atau negatif;

pengutuban
1. (Fizik) proses yang menyebabkan cas positif dan cas negatif dalam sesuatu jasad tersesar apabila jasad itu berada dalam medan elektrik;

2. (Kimia) perubahan kimia yang berlaku dalam sel kering semasa sel itu digunakan, sehingga menyebabkan rintangan dalamannya bertambah dan memendekkan hayat kegunaan sel kering.

berkongsi