kutu I

sejenis binatang halus (yang terdapat pada rambut manusia, bulu binatang, dan lain-lain);
jenis-jenis:
~ anjing, ~ babi, ~ daun, ~ kepala, dan lain-lain;
~ air sejenis penyakit yang menyebabkan jari kaki gatal-gatal;
~ embun orang yang suka merayau-rayau dengan tidak menentu pada malam hari;
~ jalan orang yang suka merayau-rayau di jalan dengan tidak menentu;
~ rayau orang yang suka merayau-rayau tanpa tujuan, biasanya tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan;
sudah mati ~ [bahasa percakapan] sudah hilang kekuatannya, tidak beroleh apa-apa lagi, malu;
(bagai) mencari ~ dalam ijuk (peribahasa) mengerjakan pekerjaan yang mustahil berhasil;
di mana ~ makan kalau tidak di kepala (peribahasa) sudah menjadi adat, anak bergantung pada ayah dan yang miskin pada yang kaya;
ibarat ~ boleh diselisik (peribahasa) sesuatu kesalahan atau tipu muslihat walaupun disembunyikan, akhirnya akan diketahui orang juga;
pantang ~ dicukur, pantang manusia dihina (peribahasa) tidak ada orang yang mahu dihina;

berkutu
1. mempunyai kutu:
rambutnya ~;

2. = berkutu-kutu mencari kutu di kepala (dengan menyebak-nyebak rambut):
lihatlah inangda ini duduk di muka tangga berkutu-kutu dengan segala dayang;

berkutu-kutuan saling menyelisik kepala (untuk mencari kutu);

mengutui mencari kutu (di kepala dan lain-lain).

berkongsi