1. alat yang terdiri daripada mangga (ibu kunci) dan pembukanya (anak kunci) untuk mengancing sesuatu (seperti pintu, peti, beg, dan lain-lain):
pintu itu tidak memakai ~;
2. = anak ~ alat pembuka yang dimasukkan ke dalam lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) untuk membuka atau mengancing mangga:
terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang;
3. = ibu (induk) ~ mangga (pintu dan lain-lain), alat yang dikancingkan atau dipasang pada pintu dan lain-lain dan dapat dibuka dengan anak kunci;
4. sesuatu alat yang berupa atau yang digunakan sebagai anak kunci atau mangga;
~ jam (arloji) alat untuk memutar jam (supaya berjalan jarumnya);
5. ki
a) sesuatu yang menjadi atau yang digunakan sebagai alat (formula, petua) untuk mencapai sesuatu tujuan dan lain-lain atau untuk menyelesaikan masalah dan lain-lain:
Yusuf sedang mengadakan imbangan dalam pucuk pimpinan dengan ~nya terletak pada dirinya;
surat yang baru dijumpainya itulah yang akan menjadi ~ bagi membongkar segala rahsia;
rajin, usaha, tekun dan jimat cermat ialah ~ kekayaan dan kesenangan;
b) jawaban bagi soalan-soalan atau ujian-ujian mengenai sesuatu pelajaran:
berbagai-bagai buku yang mengandungi soalan-soalan dalam peperiksaan Sijil Persekolahan disertai dengan ~nya membantu murid dalam pelajaran;
c) penutup (karangan, perdebatan, dan lain-lain):
kata-kata ini diucapkan sebagai ~ ceramahnya itu;
6. [kiasan] kedudukan (jawatan dan lain-lain) penting atau berpengaruh:
~-~ dalam kerajaan dipegang oleh parti yang berkuasa;
7. rentetan nada yang berhubungan antara satu sama lain dan berdasarkan sesuatu nada utama;
8. = kunci-kunci [Minangkabau] sendi tulang, tempat bertemu (bersambung) dua kerat (bahagian) tulang;
~ paha tempat pertemuan antara paha dengan bahagian bawah perut;
kunci-kunci lutut sendi pada lutut, tempurung lutut;
9. [bahasa percakapan] terkancing;
~ air sejenis sekat atau alat penahan air untuk mengendalikan aliran air (dalam tali air dan lain-lain);
~ gantung = ~ kura mangga (ibu kunci) yang tergantung;
~ kereta = ~ kontrak [Indonesia] alat untuk menghubungkan arus elektrik pada enjin (motor) supaya dapat dihidupkan (enjinnya);
~ kira-kira penutup kira-kira (perniagaan dan lain-lain) yang menunjukkan nilai segala harta dan hutang-piutang;
~ maling [Indonesia] anak kunci palsu (boleh digunakan untuk membuka berbagai-bagai mangga);
~ mati
a) rahsia yang tersimpan baik;
b) jalan buntu (kegagalan mencapai persetujuan dan lain-lain dalam perundingan dan lain-lain);
~ sekrup [Indonesia] alat untuk melonggarkan atau mengetatkan skru;
~ senapang (pistol) alat pengancing senapang (pistol);
~ wasiat
a) rahsia;
b) sesuatu yang dipakai untuk mencapai sesuatu tujuan (membongkar rahsia dan lain-lain);
anak ~ jahat, peti derhaka (peribahasa) suami yang jahat akhirnya akan ditentang oleh isterinya;
mengeluarkan ~ hati (peribahasa) mengucapkan kata atau pendirian yang muktamad;
berkunci
1. memakai kunci;
2. ditutup dengan kunci, (sudah) dikunci:
semua rumah di situ kosong dan sesetengahnya ~ pintu dan tingkapnya;
mengunci
1. menutup (pintu dan lain-lain) dengan kunci, mengancing atau menyelak (pintu dan lain-lain):
masing-masing ~ pintu dan tingkap dan tidak ada yang berani keluar rumah;
2. mengakhiri (ucapan dan lain-lain), menyudahi:
ia ~ ceramahnya dengan kata-kata nasihat;
3. mengetapkan (mengatupkan);
~ bibir mengatupkan bibir;
~ mulut [kiasan] menutup mulut (tidak atau tidak mahu berkata apa-apa), mendiamkan diri;
terkunci
1. tertutup dengan kunci (berkenaan (dengan) pintu dan lain-lain), terkancing:
pintu yang tidak ~ itu dibuka dengan penuh hati-hati;
mulutnya ~ ki kaku rahangnya (tidak dapat berkata-kata kerana terkejut, kebingungan, dan lain-lain);
2. telah diakhiri atau disudahi;
pengunci
1. alat untuk mengunci (pintu dan lain-lain), pengancing (pintu dan lain-lain):
berdentum pintu itu ditarik kuat oleh Normah, tetapi tidak juga lekat ~nya;
2. penutup (perbincangan dan lain-lain), kata pemutus:
akan ~ rundingan itu, Ramli terpaksa menegaskan keazamannya hendak berkahwin dengan perempuan yang dicintainya.