kritik

1. analisis, penilaian dan teguran terhadap karya seni, sastera, dan sebagainya:
seseorang penulis harus menerima baik segala ~ yang jujur;
pada masa ini banyak tersiar ulasan dan ~ mengenai sajak dan cerpen;
kerajaan sedia memberikan perhatian kepada ~-~ yang dikemukakan dengan tujuan yang baik;

2. teguran keras, kecaman, bidasan;

mengkritik
1. membuat analisis dan penilaian tentang karya seni, sastera, dan sebagainya:
seorang yang tidak pernah menghasilkan sesuatu karya sastera masih dapat ~ cerpen, novel, ataupun sajak;

2. memperkatakan (mengulas dan sebagainya) keburukan atau kelemahan sesuatu atau seseorang;
~ hebat (keras, pedas) mengecam, membidas, mencela:
menerusi watak-wataknya pengarang ~ pedas akan masyarakat hari ini;
dia menafikan pernah menuduh atau ~ penuntut-penuntut maktab tersebut;

pengkritik orang yang mengkritik, pembidas:
kita memerlukan banyak ~ sastera yang berkebolehan;
para ~ dari negeri-negeri lain telah memuji karya pelukis-pelukis Malaysia yang dipamerkan itu;

kritikan
1. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dan lain-lain);

2. kritik (ulasan atau kata-kata) tentang keburukan (kelemahan dan sebagainya) seseorang atau sesuatu, kecaman.

berkongsi