alat elektronik yang menyimpan maklumat pada cakera atau pita bermagnet, menganalisisnya dan mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila diperlukan;
~ bimbit komputer yang unit pemprosesan pusat, pemacu cakera dan skrinnya disepadukan dalam bentuk beg bimbit;
~ buku komputer bimbit yang saiznya lebih kecil daripada komputer riba;
~ hos komputer yang disambungkan kepada suatu rangkaian dan berperanan menyediakan kemudahan kepada komputer lain;
~ meja komputer yang sesuai diletakkan dan digunakan di meja;
~ peribadi komputer kecil yang dapat digunakan secara bebas atau tersendiri oleh seseorang individu;
~ riba komputer bimbit yang saiznya lebih besar daripada komputer buku;
~ telapak komputer bimbit yang saiznya lebih kecil daripada komputer buku, lebih kurang sebesar telapak tangan;
berkomputer yang menggunakan (atau dibina, disediakan, dilaksanakan, dan sebagainya dengan) komputer:
bank data ~;
penterjemahan ~;
mengkomputerkan 1.?menggunakan atau melengkapkan dengan komputer (untuk melaksanakan sesuatu kerja):
~ pejabat;
2. memproses atau menyimpan maklumat dan sebagainya dengan menggunakan komputer:
data itu telah dikomputerkan;
pengkomputeran perihal (kerja, proses, dan sebagainya) mengkomputerkan (maklumat dan sebagainya), penggunaan alat atau sistem komputer untuk pelaksanaan sesuatu atau dalam pengurusan sesuatu, komputerisasi;
~ agensi-agensi kerajaan.